Dengan memandu kereta pemecah rekod yang dibina khas, Bluebird, dan memakai Oyster di pergelangan tangannya, lelaki yang dikenali sebagai raja kelajuan semasa kemuncak kemasyhurannya baru sahaja memecahkan Rekod Kelajuan Darat Dunia untuk kali kesembilan.
Sir Malcolm telah memakai Rolex Oyster dari tahun 1930 dan memuji ketahanannya yang luar biasa terhadap kejutan dan getaran dalam iklan pada masa itu.
Selepas pencapaian pemecahan rekod yang terakhir, beliau menghantar telegraf kepada Rolex: “Jam tangan Rolex masih dapat menunjukkan waktu dengan sempurna. Saya memakai jam itu kelmarin ketika Bluebird melebihi 300 batu sejam. Campbell.”