Pencapaian perintis ini menandakan lahirnya konsep Testimoni dan mengukuhkan keyakinan Hans Wilsdorf bahawa kecemerlangan harus dibuktikan dalam keadaan kehidupan sebenar, melalui percubaan dari semasa ke semasa.
Seterusnya, pengasas Rolex membekalkan jam tangan Oyster kepada ramai penjelajah, saintis, atlet, juruterbang, pelayar, pendaki dan penyelam. Dari puncak tertinggi hingga lautan dalam, para lelaki dan wanita ini telah menguji jam tangan Rolex di makmal hidup, iaitu dunia kita. Maklum balas mereka membolehkan jurutera jenama ini terus membangunkan dan menambah baik jam tangan Oyster.