
Rantai Jubilee
Ikonik
Inilah rantai Jubilee kami. Corak ikoniknya dapat dikenali hanya dengan sekali pandang. Ia menggabungkan kelenturan dan ketahanan, menyediakan keselesaan yang tidak terhingga di pergelangan tangan.
Bertahun-tahun penyelidikan diperlukan untuk menyempurnakan kombinasi unik dua pautan besar dengan kemasan satin, mengapit tiga pautan kecil yang digilap. Dicipta khusus untuk Datejust, ia dilancarkan pada tahun 1945 untuk meraikan 40 tahun kepakaran ketukangan kami dan terus berevolusi. Kini, ia juga melengkapi jam tangan lain dalam koleksi kami. Kemasan luar biasa rantai ini mencerminkan usaha yang telah mengasah kualiti terbaiknya dan menjadikannya sebuah klasik.
