Bezel boleh putar dwiarah
Dua arah, satu haluan
Ini ialah bezel boleh putar dwiarah pada Yacht-Master kami. Dihasilkan daripada emas, platinum atau RLX titanium, bezel ini turut menampilkan sisipan Cerachrom pada model tertentu.
Senggatan 60 minit membolehkan pemakai membaca selang masa, seperti tempoh pelayaran antara dua boya semasa regata. Tepi berlekuk memberikan cengkaman yang kukuh, manakala pegas trigon memastikan putaran yang lancar dan tepat dalam kedua-dua arah. Bezel ini menjadikan Yacht-Master sebagai peneman setia di laut, apabila hala tuju yang jelas amat penting.