Menguasai permulaan
Yacht-Master II mempunyai bezel boleh putar dwiarah yang dilengkapi sisipan Cerachrom bersenggat 60 minit dalam seramik biru. Amat keras dan betul-betul kalis calar, seramik berteknologi tinggi yang digunakan oleh Rolex memerlukan alat khas untuk tujuan pemesinan. Warna seramik yang stabil tidak terjejas oleh sinaran ultraungu manakala komposisi kimianya bersifat lengai dan tidak akan terkakis.
Pada sisipan Cerachrom biru ini, senggatan dan angka yang teracu dan terbenam disaluti platinum atau emas kuning melalui PVD (Pemendapan Wap Fizikal). Senggatan bagi setengah jam pertama ditetapkan minit demi minit. Dengan bezel dalam kedudukan neutral, 30 saat terakhir kira detik boleh dibaca dengan lebih terperinci melalui jarum saat tengah kronograf. Bezel bersenggat dengan tepi berlekuk memberikan cengkaman yang sangat baik serta membolehkan pemakai mengukur selang masa dengan mudah – contohnya, masa pelayaran di antara dua boya.
Paparan memastikan keterbacaan yang jelas bagi pelbagai fungsi. Permukaan ini disaluti lakuer putih baharu yang kusam untuk mengurangkan pantulan serta menampilkan penanda jam indeks tampal hias yang menjadi simbol jam tangan kategori Profesional.
Bebibir, yang dikhaskan untuk fungsi kira detik, diletakkan dengan sangat tepat pada permukaan – satu ciri yang permohonan paten telah difailkan. Bebibir bersenggat dari 10 hingga 0 minit, dengan setengah minit dipaparkan sebagai segi tiga.
Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting.
Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.
Rantai Oyster ialah keajaiban bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi yang sempurna, yang direka untuk menjadi teguh dan selesa. Ia dilengkapi dengan pengancing lipat Oysterlock yang menghalang daripada terbuka tanpa sengaja dan pautan sambungan keselesaan Easylink yang juga eksklusif untuk Rolex.
Sistem yang bijak ini membolehkan pemakai memanjangkan lagi panjang rantai sehingga kira-kira 5 mm agar dapat memberikan keselesaan tambahan dalam apa jua keadaan.
Rujukan 126680
Yacht-Master II
Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.
Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.