Model baharu
Model baharu

Land-Dweller 40

Oyster, 40 mm, emas Everose

Rujukan 127335

Land-Dweller 40, Oyster, 40 mm, emas Everose, Permukaan : Putih terang, motif sarang lebah, Rolex
Land-Dweller 40, Oyster, 40 mm, emas Everose, Permukaan : Putih terang, motif sarang lebah, Rolex

Estetika yang berani dan teknologi yang canggih

Land-Dweller 40 dalam emas Everose 18 karat dengan permukaan motif sarang lebah putih terang dan rantai Jubilee rata.

Permukaan putih terang

Motif sarang lebah

Permukaan ini dihiasi dengan motif sarang lebah serta kemasan satin. Garapannya memerlukan ketukangan tradisional dan kaedah teknologi tinggi yang dikuasai secara dalaman.

Struktur sarang lebah dipotong dengan laser femtosecond, yang juga digunakan untuk mengukir garisan halus di dalam alur yang memisahkan setiap sel. Paparan Chromalight, angka terbuka dan penanda jam indeks pendarkilau pada permukaan ini memberikan keterbacaan dalam apa-apa keadaan. Jarum yang juga pendarkilau, telah direka khas untuk model ini.

Bezel berjejalur

Tanda pengenalan Rolex

Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air.

Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Land-Dweller 40 ini.

Emas Everose 18 karat

Paten eksklusif

Untuk memelihara keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan aloi emas merah jambu 18 karat yang dihasilkan di faundri sendiri: Emas Everose.

Diperkenalkan pada tahun 2005, emas Everose 18 karat digunakan di semua model Rolex Oyster dalam emas merah jambu.

Rantai Jubilee rata

Reka bentuk bersepadu yang selanjar

Direka khas untuk jam tangan ini, rantai Jubilee rata ialah garapan semula rantai Jubilee yang ikonik. Jubilee rata berbeza kerana semua pautan rata dan bercantum secara selanjar dengan penutup Oyster lalu membentuk jalinan yang seimbang dan harmoni, dengan kemasan satin digilap dan teknikal yang berselang-seli.

Lebih-lebih lagi, tepi atas pautan luar rantai adalah serong, begitu juga dengan penutup tengah dan hasil serongan yang digilap, lantas mewujudkan serakan cahaya yang berterusan. Rantai ini dilengkapi dengan Crownclasp lipat tersembunyi.

Lagi Land-Dweller butiran teknikal

Rujukan 127335

Land-Dweller 40

Brosur

Muat turun brosur

Hubungi Peruncit Rasmi Rolex

Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Hubungi peruncit

Jam tangan yang mungkin anda suka

Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.