Keanggunan elegan

Oyster Perpetual Lady-Datejust ini dalam Oystersteel dan emas Everose mempunyai permukaan putih dan rantai Jubilee.

Permukaan putih

Kebebasan tidak terbatas

Lakuer menyatukan kebebasan warna yang hampir tidak terbatas dengan keamatan dan kemasan yang halus. Teknik penyampangan melibatkan kerja menyadur enam lapisan lakuer yang nipis secara berturut-turut pada plat asas loyang.

Varnis tanpa warna kemudiannya disapu untuk membangkitkan kedalaman dan kilauan warna. Setelah varnis kering, bahagian atas permukaan digilap untuk menyerlahkan warna; permukaan kemudiannya sedia untuk proses percetakan pad dan tampal hias.

Rolesor Everose

Gabungan dua bahan logam

Emas menjadi idaman kerana kilauan dan keunggulannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Gabungan bahan ini sebati secara harmoni dengan sifat terbaik masing-masing.

Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ini merupakan tonggak koleksi Oyster.

Rantai Jubilee

Selanjar dan selesa

Reka bentuk, pembangunan dan penghasilan rantai dan pengancing Rolex, serta ujian ketat yang dijalani, melibatkan teknologi tinggi termaju.

Tambahan pula, seperti semua komponen jam tangan, kawalan estetika oleh mata manusia menjamin kecantikan yang sempurna. Jubilee, iaitu rantai logam yang mempunyai pautan lima keping yang lembut dan selesa, direka dan dibuat khas untuk pelancaran Oyster Perpetual Datejust pada tahun 1945.

Lagi butiran teknikal Lady-Datejust

Rujukan 279161

Lady-Datejust

Brosur

Muat turun brosur

Hubungi Peruncit Rasmi Rolex

Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Hubungi peruncit

Jam tangan yang mungkin anda suka

Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.