Caroline Garcia

Caroline Garcia

Pesaing yang digeruni

Caroline Garcia telah mengukuhkan dirinya sebagai pemain tenis wanita terkemuka yang terkenal dengan corak permainan unggul dan kehebatan strateginya.

Caroline Garcia

Kerjaya tenis yang gemilang

Caroline Garcia secara konsisten mengagumkan dunia dengan kecerdasan taktikalnya.

Pencapaian pemain Perancis itu termasuk mara ke separuh akhir pada Terbuka Amerika Syarikat 2022 dan memenangi Pertandingan Akhir WTA pada tahun yang sama.

Caroline Garcia

Corak permainan yang ampuh

Caroline Garcia mendaki kedudukan junior Perancis dengan pantas.

Setelah merangkul gelaran perseorangan WTA pertama pada 2014, beliau mencuri perhatian antarabangsa dengan persembahan yang mantap pada kejohanan Grand Slam® apabila mara ke pusingan keempat Terbuka Australia pada 2018 buat kali pertama. Kerjaya Garcia berkembang pesat apabila mencapai No. 4 Dunia pada September 2018, dan sekali lagi pada November 2022 selepas mengharungi tahun yang cemerlang dengan memenangi empat gelaran perseorangan, termasuk Pertandingan Akhir WTA akhir musim.

Gaya permainan Garcia yang bertenaga juga telah menghadiahkan tiga gelaran WTA 1000 berstatus tinggi, iaitu Terbuka Wuhan 2017, Terbuka China 2017 dan Terbuka Cincinnati 2022.

Garcia telah mewakili Perancis dalam pertandingan berpasukan dan membantu negaranya meraih kemenangan pada Piala Billie Jean King 2019.

Caroline Garcia menjadi Testimoni Rolex pada 2018.

Teruskan meneroka