Yuja Wang

Yuja Wang

Pemain piano handalan

Terkenal dengan kecemerlangan teknikal, kedalaman emosi dan aura pentas yang menawan, Yuja Wang ialah seorang pemain piano konsert yang terkenal pada peringkat antarabangsa.

Jam tangan di pergelangan tangan Yuja Wang

Keraguan memerlukan keberanian. Setiap orang membuat kesilapan, tetapi kita perlu menghadapi cabaran dan ketakutan secara bertanggungjawab.

Yuja Wang

Yuja Wang

Bakat muzik harapan

Hanya dalam beberapa tahun, pemain piano konsert berkarisma Yuja Wang telah menambat hati pencinta muzik klasikal di seluruh dunia.

Beliau memainkan pelbagai jenis muzik daripada Bach kepada Bartok dan lain-lain serta menerapkan semangat penemuan kreatif dalam setiap karyanya. Yuja Wang terus memikat penonton dengan menggabungkan kecerdasan muzik yang terbaik dengan teknik yang cemerlang.

Yuja Wang bermain piano

Bakat luar biasa dari muda lagi

Dilahirkan di Beijing pada 1987, Yuja mula bermain pada umur enam tahun dan belajar di Konservatori Beijing sebelum berpindah ke Kanada.

Selepas memenangi pertandingan konserto Pesta Muzik Apen pada umur 15 tahun, kerjaya profesionalnya bermula semasa beliau masih seorang pelajar di Institut Muzik Curtis di Philadelphia.

Kejayaan antarabangsanya bermula pada 2007 semasa berumur 20 tahun apabila beliau menggantikan Martha Argerich sebagai pemain solo bersama Orkestra Simfoni Boston, iaitu persembahan yang melonjakkannya ke pentas global.

Karyanya merangkumi muzik barok hingga muzik kontemporari. Yuja meminati muzik klasikan dari semua peringkat umur, dari Scarlatti hingga Ligeti dan sebagainya. Pada 2009, beliau menandatangani kontrak eksklusif dengan Deutsche Grammophon yang melahirkan beberapa siri album yang terkenal. Rakamannya telah memperoleh pelbagai anugerah, termasuk lima pencalonan Grammy dan kemenangan Grammy pertamanya pada 2024 menerusi The American Project. Yuja kerap bekerjasama dengan banyak orkestra dan konduktor terkemuka dunia, termasuk rakan Testimoni Rolex seperti Gustavo Dudamel dan Yannick Nézet-Séguin.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Yuja terus menerokai peluang dalam muzik klasikal. Pada 2023, beliau mempersembahkan kesemua empat konserto piano Rachmaninoff di samping Rhapsody on a Theme of Paganini dalam konsert tunggal yang panjang di Carnegie Hall dan merekodkan satu pencapaian yang mempamerkan stamina dan kesenian luar biasa.

Yuja Wang menjadi Testimoni Rolex pada 2009.

Yuja Wang Salzburg