Sonya Yoncheva

Sonya Yoncheva

Penyanyi soprano Bulgaria pujaan ramai

Sonya Yoncheva ialah penyanyi soprano Bulgaria tersohor yang disukai ramai kerana suaranya yang padu dan persembahan yang bersemangat.

Sonya Yoncheva

Saya tidak pernah menjangkakan hala tuju kerjaya saya, saya cuma mahu membuat keluarga saya bangga.

Sonya Yoncheva

Bintang opera terulung

Sonya Yoncheva telah memikat hati penonton di seluruh dunia dengan bakat vokalnya yang luar biasa dan penjiwaan yang dramatik.

Selaku penyanyi soprano terkemuka di pentas opera antarabangsa, beliau pernah membuat persembahan di beberapa rumah opera paling berprestij di dunia, termasuk Opera Metropolitan dan Teatro alla Scala. Terkenal dengan kepelbagaian dan seni yang ekspresif, Yoncheva terus melampaui sempadan persembahan opera, meraih pujian dan sanjungan daripada pengkritik dan penonton.

Jam tangan di pergelangan tangan Sonya Yoncheva
Sonya Yoncheva

Membentuk suara yang unik

Yoncheva memiliki ijazah persembahan dalam piano dan suara di kampung halamannya di Plovdiv, Bulgaria, kemudian belajar di Conservatoire de Musique de Genève, tempat beliau mengembangkan gaya vokalnya yang unik.

Pada tahun 2010, beliau memenangi kedua-dua hadiah pertama dan hadiah CulturArte khas pada pertandingan opera terkemuka dunia, Operalia. Kerjayanya mula menyerlah pada 2014 apabila Opera Metropolitan New York meminta beliau memainkan peranan Mimì dalam La Bohème karya Puccini pada saat-saat akhir. Ulasannya sangat menggembirakan dan mengesahkan gelaran beliau sebagai salah satu bintang opera muda yang paling menarik di dunia.

Kerjaya beliau kian berkembang dengan pertunjukan di dewan konsert dan teater tersohor di seluruh dunia.

Dari 2017 hingga 2018, Yoncheva menerima pujian atas peranannya dalam opera utama: Elisabeth dalam Don Carlos di Opéra Negara di Paris; Imogène dalam Il Pirata oleh Bellini di La Scala; Tosca oleh Puccini dan Luisa Miller oleh Verdi, kedua-duanya di Opera Metropolitan. Beliau turut memainkan peranan utama dalam Médée oleh Cherubini, menandakan peranan ke-50 dalam repertoir beliau.

Baru-baru ini pada tahun 2023, beliau menggalas dua peranan utama, juga di Opera Metropolitan: Fedora oleh Umberto Giordano dan Norma oleh Bellini.

Repertoir beliau merangkumi pelbagai peranan yang mempamerkan kemahiran teknikal dan penghayatan. Dalam setiap persembahan, Yoncheva terus menaikkan standard kecemerlangan opera, lantas memberikan inspirasi kepada penonton dengan komitmennya terhadap seni.

Yoncheva menjadi Testimoni Rolex pada 2011.

Sonya Yoncheva menyanyi

Teruskan meneroka