Rolando Villazón

Rolando Villazón

Penyanyi tenor tersohor

Terkenal dengan persembahan yang penuh emosi dan serba boleh, Rolando Villazón ialah penyanyi tenor Perancis-Mexico, pengarah pentas, novelis dan Pengarah Artistik Yayasan Mozarteum Antarabangsa dan Pesta Minggu Mozart.

Juan Diego Flórez memakai jam tangan di pergelangan tangan

Rolex percaya pada kualiti dan percaya akan perkara yang kekal bersama kita, dan muzik klasik ialah sesuatu yang abadi.

Rolando Villazón

Rolando Villazón

Penghibur serba boleh

Rolando Villazón telah memukau khalayak di seluruh dunia dengan suaranya yang lantang dan aura pentas yang bertenaga.

Beliau mula mencipta nama pada 1999 apabila memenangi tiga hadiah dalam Operalia, iaitu pertandingan opera terkemuka dunia. Sejak itu, namanya terus meningkat. Minat, bakat dan aura pentasnya yang menawan menghidupkan setiap opera yang dipersembahkan.

Rolando Villazón

Pendukung budaya

Perjalanan muzik Rolando Villazón bermula di Mexico, tempat beliau memupuk minat yang mendalam terhadap opera.

Perjalanan muzik Rolando Villazón bermula di Mexico, tempat beliau memupuk minat yang mendalam terhadap opera. Selepas kejayaannya di Operalia pada 1999, beliau terus menjadi salah seorang artis yang paling diminati dalam generasinya.

Beliau ialah tetamu tetap di rumah opera dan pesta terkemuka dunia. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beliau telah menambahkan peranan Mozart yang cemerlang ke dalam repertoire beliau. Beliau membuat persembahan di dewan konsert utama seperti di Elbphilharmonie Hamburg, Philharmonie de Paris, Lincoln Center for the Performing Arts di New York dan Konzerthaus Vienna. Beliau juga pernah muncul dalam konsert televisyen yang memikat jutaan penonton televisyen di seluruh dunia. Hampir semua rakamannya amat laris, malah memenangi anugerah emas atau platinum.

Villazón meraih anugerah seperti Victoire de la Musique Classique di Perancis dan pelbagai anugerah dan kepujian lain. Pada 2017, beliau dilantik sebagai Pengarah Artistik Pesta Minggu Mozart Salzburg dan Pengarah Artistik Yayasan Mozarteum empat tahun kemudian.

Kerana keupayaan serba boleh, beliau juga telah berkembang ke televisyen dan radio serta penulisan, mempamerkan bakatnya sebagai hos TV, novelis dan pendukung budaya.

Rolando Villazón menjadi Testimoni Rolex pada 2005.

Rolando Villazón memakai jam tangan di pergelangan tangan

Teruskan meneroka