Michael Bublé
Menggabungkan keanggunan jazz dengan daya tarikan pop moden
Michael Bublé ialah penyanyi Kanada yang memenangi banyak Anugerah Grammy yang terkenal dengan suara yang mendayu dan aura pentas yang menawan.
Jika anda mahu mendalami sesuatu dan ingin menguasainya, korbankan sedikit masa.
Michael Bublé
Menghidupkan semula klasik dengan gaya moden
Michael Bublé telah memikat penonton di seluruh dunia dengan gabungan jazz dan pop yang unik, lantas meniup nafas baharu ke dalam karya klasik.
Dengan banyak album yang mengungguli carta, Bublé telah membuktikan dirinya sebagai penghibur antarabangsa terkemuka.
Penghibur terulung
Minat Michael Bublé terhadap muzik bermula di kampung halamannya di Burnaby, British Columbia, tempat beliau dibesarkan dengan mendengar cakera lagu datuknya dan ingin menjadi penyanyi.
Selepas bertahun-tahun bekerja keras di pusat hiburan kecil dan menyertai pertandingan menyanyi, kerjayanya bermula pada tahun 2000 selepas bertemu dengan penerbit David Foster. Album sulungnya yang dikeluarkan pada 2003 melonjak naik dalam carta antarabangsa, lantas menjadikannya seorang artis tersohor. Album ini meraih populariti dalam masa yang singkat kerana dendangan klasik sepanjang zaman dan lagu popular kontemporari beliau.
Dikenali dengan suara yang mendayu dan persembahan yang menarik, nama Bublé menjadi buah mulut dalam industri muzik, dengan lagu popular seperti Haven't Met You Yet dan Feeling Good. Dedikasinya terhadap karya dan keupayaannya berinteraksi dengan penonton telah mengukuhkan statusnya sebagai artis yang disayangi.
Repertoir Bublé merangkumi genre jazz sepanjang zaman dan gubahan asal. Sama ada membuat persembahan televisyen, di arena atau hadirin seramai 65,000 orang, beliau mewujudkan suasana mesra dan memikat hati.
Michael Bublé menjadi Testimoni Rolex sejak tahun 2006.
Teruskan meneroka