Juan Diego Flórez
Penyanyi tenor Peru terkemuka dunia
Juan Diego Flórez ialah penyanyi tenor Peru yang terkenal dengan julat vokalnya yang besar dan persembahan yang dinamik.
Impian saya untuk Sinfonía por el Perú ialah impak yang terus berkembang bagi membuktikan bahawa amalan muzik kolektif mampu mengubah kehidupan beribu-ribu kanak-kanak demi masa hadapan yang lebih cerah.
Juan Diego Flórez
Suara yang melangkaui masa
Juan Diego Flórez ialah salah seorang penyanyi tenor yang paling terkenal dan digemari hari ini.
Dengan kerjaya yang melibatkan persembahan di pentas utama dunia, beliau merupakan salah seorang bakat opera yang terhebat melalui nyanyiannya yang penuh perasaan dan merdu. Kemurahan hati, karisma dan keghairahannya mengilhamkan banyak kerja amal di samping penampilan dan rakaman opera beliau yang tersohor.
Perjalanan bakat dan dedikasi
Dilahirkan di Lima, Peru, Juan Diego Flórez pernah menghiasi pentas rumah opera paling berprestij di dunia.
Beliau belajar di Conservatorio Nacional de Música di Peru sebelum meneruskan pendidikannya di Institut Muzik Curtis di Philadelphia. Kejayaan Flórez terbit pada 1996 apabila pada usia 23 tahun, beliau memulakan kerjaya di Teatro alla Scala di Milan dan menerima pujian kritis. Kerjayanya telah berkembang pesat, antaranya dengan persembahan di Opera Metropolitan, Balet dan Opera Diraja dan Opera Negeri Vienna. Terkenal dengan ketangkasan dan kemerduan vokal, Flórez meraih banyak pujian atas persembahannya dalam karya opera Rossini, Donizetti dan Bellini.
Sumbangannya terhadap opera bukan setakat persembahan. Kedermawanan Flórez mencerminkan kepercayaannya terhadap kuasa transformatif muzik. Beliau menyokong aktif pendidikan muzik melalui yayasan Sinfonía por el Perú, yang menyediakan latihan muzik kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Program rangkuman sosial ini telah membuktikan bahawa muzik boleh menyemai nilai, mengubah dan meningkatkan kehidupan.
Sejak 2022, Flórez telah menjadi Pengarah Artistik Pesta Opera Rossini. Beliau menjadi Testimoni Rolex pada 2015.
Teruskan meneroka