Trevor Immelman

Trevor Immelman

Pemikir golf terulung

Trevor Immelman, pemain golf yang sangat berbakat dari Afrika Selatan, menjadi terkenal dengan kemenangannya yang luar biasa di Kejohanan Masters 2008.

Jam tangan di pergelangan tangan Trevor Immelman

Daripada pemenang utama kepada penasihat pakar

Berikutan kejayaan cemerlang di Jelajah Sunshine, Jelajah Dunia DP dan PGA TOUR® – termasuk menjadi juara Masters 2008 – Trevor Immelman telah menjadi pengulas golf yang disegani.

Pemahamannya yang mendalam tentang sukan ini memperkaya siaran, memberikan pandangan yang berharga kepada penonton serta memberikan inspirasi kepada pemain golf baharu di seluruh dunia.

Trevor Immelman di atas padang

Penyumbang utama di atas dan di luar padang

Trevor Immelman menjadi pemain profesional pada 1999, kemudian meraih pengiktirafan dengan pantas kerana bakatnya dan hayunan golf yang mengagumkan.

Terkenal dengan etika kerja yang teliti dan kegigihan mengejar kesempurnaan, beliau telah dinobatkan sebagai Pemain Baharu Terbaik PGA TOUR® pada 2006, tahun yang sama beliau memenangi acara jelajah pertamanya, pada Terbuka Barat. Dua tahun kemudian, beliau menjadi warga Afrika Selatan kedua yang menyarung Jaket Hijau berikutan kemenangannya yang tidak dapat dilupakan pada Kejohanan Masters.

Immelman berkhidmat sebagai kapten Pasukan Antarabangsa pada Piala President 2022, dan pernah beraksi sebagai pemain. Selepas kerjaya sebagai pemain, beliau beralih peranan sebagai penganalisis golf yang berjaya, memberikan ulasan televisyen pakar dan menyumbang kepada populariti sukan yang kian meningkat.

Trevor Immelman menjadi Testimoni Rolex pada 2003.

Teruskan meneroka