Titouan Bernicot

Titouan Bernicot

Pendukung tegar hidupan marin

Titouan Bernicot ialah seorang ahli pemuliharaan lautan dari Polinesia Perancis yang dipuji atas usahanya memulihkan terumbu karang melalui inisiatif Coral Gardeners.

Titouan Bernicot

Kami bukan semua ahli biologi marin, tetapi kami telah menghabiskan beribu-ribu jam di bawah laut. Kami melihat, mencerap dan mengkaji.

Titouan Bernicot

Titouan Bernicot

Memperjuangkan pemuliharaan marin

Titouan Bernicot merupakan duta yang bersemangat mahu melindungi lautan kita, dengan menumpukan pemuliharaan terumbu karang.

Sebagai pengasas muda Coral Gardeners, sebuah organisasi yang khusus untuk memulihkan dan memelihara ekosistem karang, beliau membendung kesan perubahan iklim terhadap hidupan marin secara langsung.

Titouan Bernicot bersama pasukan "tukang kebun karang" di atas bot

Berinovasi untuk menyelamatkan terumbu karang

Dilahirkan dan dibesarkan di Polinesia Perancis, cinta Bernicot terhadap lautan bermula sejak kecil lagi.

Pada 2015, ketika berusia 16 tahun, beliau melihat perubahan yang membimbangkan pada terumbu di tempatnya, terutamanya pemutihan batu karang akibat pelunturan. Isu ini mencetuskan misi untuk memahami dan membendung kemerosotan terumbu karang yang mendorong beliau menubuhkan Coral Gardeners pada 2017 dengan tujuan menyelamatkan terumbu karang. Permulaan sekumpulan kecil anak muda tempatan yang prihatin akan kemerosotan pesat terumbu mereka telah berkembang menjadi kesatuan penyokong, saintis dan jurutera global yang berazam mahu merevolusikan pemuliharaan lautan.

Melalui teknik pemulihan yang inovatif dan penglibatan komuniti, Bernicot dan pasukannya telah menanam puluhan ribu batu karang di Mo'orea, bertujuan untuk memulihkan kesihatan terumbu karang. Visi Bernicot melampaui kaedah pemulihan standard yang banyak menggunakan tenaga manusia. Beliau telah menerajui pembangunan CG Labs, sebuah inisiatif yang menumpukan kerja mencipta penyelesaian teknologi untuk pemuliharaan karang. Ini termasuk ReefOS, platform yang menghubungkan terumbu kepada telefon pintar dan komputer untuk pemantauan yang cekap. Pendekatan Bernicot menggabungkan ilmu tradisional dengan teknologi moden, bertujuan untuk menghubungkan projek pemuliharaan secara global dan meningkatkan usaha pemeliharaan terumbu karang.

Titouan Bernicot memakai jam tangan di pergelangan tangan
Bernicot menanam karang di bawah laut.

Cita-cita Bernicot untuk Coral Gardeners amat tinggi. Beliau menyasarkan penanaman 1 juta karang di seluruh dunia dan berkongsi kisah pemuliharaan terumbu dengan 1 bilion orang pada tahun-tahun akan datang. Kerja beliau telah mendapat sokongan daripada organisasi besar termasuk Rolex melalui Inisiatif Planet Abadi, yang mengiktiraf pendekatan inovatif beliau terhadap pemuliharaan dan potensi untuk mengilhami generasi muda.

Titouan Bernicot menjadi Testimoni Rolex pada 2022.

Teruskan meneroka