Paul Nicklen

Paul Nicklen

Jurugambar pemuliharaan berwawasan

Paul Nicklen ialah seorang jurugambar Kanada dan ahli biologi marin yang terkenal dengan fotografi pemuliharaan yang dramatik.

Paul Nicklen

Menerusi imej yang menyuntik inspirasi, setiap kejayaan ekspedisi dan pemuliharaan, setiap spesies atau ekosistem yang pulih, hati saya dipenuhi dengan harapan bahawa masih belum terlambat untuk kita.

Paul Nicklen

Paul Nicklen

Merakam inti pati alam

Paul Nicklen telah mendapat pujian antarabangsa atas gambarnya yang menakjubkan yang membawa keindahan dan memaparkan kerapuhan dunia semula jadi kepada dunia.

Sepanjang kerjayanya, beliau membuktikan diri sebagai salah seorang jurugambar pemuliharaan terkemuka dunia yang menumpukan ekosistem kutub dan hidupan marin. Imejnya yang sering dipaparkan dalam majalah National Geographic telah mengilhami khalayak global agar menghargai dan melindungi ekosistem planet kita.

Paul Nicklen

Perubahan yang mengilhamkan masa depan

Perjalanan Nicklen dalam bidang fotografi didorong oleh minat terhadap lautan dan hidupannya, yang disemai semasa dibesarkan di Pulau Baffin di Artik Kanada.

Kepakarannya merakam hidupan liar dalam keadaan yang melampau menyebabkan Nicklen menjadi jurugambar Felo untuk National Geographic pada awal 1990-an.

Usaha beliau dalam memaparkan kesalinghubungan hidupan di lautan dan kemerosotan alam akibat tindakan manusia serta perubahan iklim – terutamanya di kawasan kutub – telah mendapat banyak pengiktirafan.

Beliau telah memenangi lebih daripada 30 anugerah pemuliharaan dan fotografi yang paling berprestij, termasuk Jurugambar Hidupan Liar Terbaik BBC dan Foto Akhbar Dunia untuk Kewartawanan Foto. Pada 2019, beliau menjadi orang termuda yang tersenarai dalam Dewan Kemasyhuran Fotografi Antarabangsa.

Pada 2014, Nicklen mengasaskan SeaLegacy bersama rakan Testimoni Rolex Cristina Mittermeier, sebuah syarikat bukan berasaskan keuntungan yang khusus untuk pemuliharaan lautan melalui penceritaan visual. Matlamat organisasi itu adalah untuk menyokong Nicklen, Mittermeier dan jurugambar lain dalam memulakan ekspedisi yang merakam kisah pemuliharaan lautan yang mencetuskan inspirasi dan kesan yang mendorong tindakan orang ramai.

Nicklen terus melampaui sempadan fotografi pemuliharaan dan menggunakan kameranya untuk menyokong perlindungan ekosistem yang paling terancam di planet kita. Karya beliau menjadi bukti kuasa penceritaan visual dalam mendorong perubahan global dan memelihara alam semula jadi demi generasi akan datang.

Beliau menjadi Testimoni Rolex pada 2022.

Paul Nicklen

Teruskan meneroka