Ed Viesturs

Ed Viesturs

Kemuncak pendakian gunung altitud tinggi

Ed Viesturs, seorang legenda dalam dunia pendakian gunung altitud tinggi, dikenali dengan daya tahan, ketepatan dan kemahiran yang tiada tandingannya.

Ed Viesturs

Apabila anda berada di puncak, anda faham bahawa satu-satunya sebab anda berada di situ adalah kerana minat anda.

Ed Viesturs

Ed Viesturs

Menawan puncak tertinggi dunia

Terkenal dengan pendekatan yang teliti dan keazaman yang jitu, Ed Viesturs telah mendaki kesemua 14 puncak dunia berketinggian 8,000 meter (26,250 feet) tanpa bantuan oksigen, yang membuktikan ketabahan fizikal dan mentalnya yang luar biasa.

Legasinya terus memberi inspirasi kepada pendaki gunung dan pengembara di seluruh dunia yang menetapkan penanda aras untuk kecemerlangan dalam bidang penerokaan ekstrem.

Ed Viesturs

Perjalanan menuju puncak dunia

Ed Viesturs meminati bidang pendakian sejak berada di Barat Laut Pasifik.

Selepas memperoleh ijazah dalam perubatan veterinar, beliau memutuskan untuk meneruskan minatnya yang sebenar: mendaki gunung altitud tinggi. Dedikasi dan pendekatan berkaedah menyerlahkan dirinya dalam komuniti pendakian.

Pengembaraan Viesturs untuk mendaki kesemua 14 puncak setinggi 8,000 meter (26,250 kaki) dunia, bermula pada 1989 dengan Kangchenjunga. Sepanjang 16 tahun berikutnya, beliau menakluki setiap puncak secara teratur, yang berakhir dengan pendakian bersejarah di Annapurna pada tahun 2005, menjadikannya orang Amerika pertama dan orang ke-12 di dunia yang mencapai kejayaan ini tanpa bantuan oksigen. Selepas pendakian puncaknya yang ke-14, Annapurna, beliau telah dinobatkan sebagai Penjelajah Tahun Ini oleh National Geographic Society. Komitmen beliau terhadap keselamatan dan amalan pendakian yang beretika, terkandung dalam motonya “Menawan puncak adalah pilihan. Turun ke bawah adalah wajib”, telah mendapat sanjungan ramai komuniti pendaki gunung. Secara keseluruhan, beliau telah melakukan 21 pendakian melebihi 8,000 meter, termasuk mendaki Everest sebanyak tujuh kali.

Ed Viesturs
Ed Viesturs

Sepanjang ekspedisi, Viesturs bergantung pada Rolex Explorer II miliknya, jam tangan yang direka bentuk untuk keadaan yang melampau. Ujarnya: “Ketepatan perancangan menaiki puncak ialah sebahagian daripada pendakian tetapi yang paling penting bagi saya ialah perancangan untuk turun. Saya ada peraturan bahawa jika saya tidak berada di puncak selewat-lewatnya pada jam dua petang, saya akan berpatah balik. Saya tidak pernah melanggar peraturan itu... Apabila saya sampai ke puncak Annapurna, memang tepat pukul dua. Ada satu detik yang tidak akan saya lupakan, ketika di puncak 8,000 meter terakhir saya, saya sampai ke puncak pada masa yang tepat dan jam tangan itu bersama saya.”

Selain mendaki gunung, Viesturs ialah seorang pengarang dan penceramah motivasi yang arif, berkongsi pengalamannya dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk mengejar impian mereka dengan penuh semangat dan ketabahan.

Ed Viesturs menjadi Testimoni Rolex pada 1995.

Teruskan meneroka