David Doubilet

David Doubilet

Perintis fotografi dalam air

David Doubilet ialah jurugambar dalam air Amerika yang terkenal yang telah mengubah cara kita melihat lautan melalui imejnya yang menakjubkan.

Penguin di atas ais

Ketika saya mula menyelam, setiap selaman ialah sebuah pelayaran penemuan. Sekarang, kami mendokumentasikan masa, tempat dan lautan yang berubah dengan pantas. Di sinilah peranan fotografi: untuk membuka mata dan hati orang ramai terhadap keindahan lautan.

David Doubilet

Meneroka lautan dalam melalui fotografi

David Doubilet telah mentakrifkan semula dunia fotografi dalam air, merakam keindahan dan kepelbagaian lautan dalam yang memukau serta mempamerkan kehidupan marin melalui lensa uniknya.

Dengan kerjaya yang menjangkau beberapa dekad, karya beliau telah banyak diterbitkan oleh majalah National Geographic. Imej tangkapan Doubilet bukan sahaja memperlihatkan dunia dalam air kepada umum, malah telah menekankan kepentingan pemuliharaan marin.

Jam tangan di pergelangan tangan David Doubilet
Cristina Mittermeier dalam air

Kuasa imej dalam air

Dilahirkan di New York City, David Doubilet ialah jurugambar dalam air perintis yang terkenal dengan sumbangan luar biasanya terhadap fotografi marin.

Minatnya terhadap dunia dalam air bermula pada usia 12 tahun apabila beliau mula mengambil gambar menggunakan kamera Brownie Hawkeye yang bersarungkan beg getah pakar bius. Minat awal ini berkembang menjadi kerjaya yang telah menjangkau lebih enam dekad, apabila beliau menjadi salah seorang jurugambar yang paling banyak diterbitkan dalam majalah National Geographic, menyumbang kepada lebih daripada 75 cerita pilihan sejak tugasan pertamanya pada tahun 1971.

Sepanjang kerjayanya yang cemerlang, David Doubilet menerima banyak pujian atas sumbangannya terhadap fotografi dan pemuliharaan. Ini termasuk anugerah berprestij seperti Anugerah Plat Emas Akademi Pencapaian, Anugerah Lennart Nilsson untuk fotografi saintifik, Anugerah Kelab Peneroka Lowell Thomas, Anugerah Hans Hass dan Felo Kehormat daripada Royal Photographic Society. Beliau juga merupakan Felo pengasas Liga Jurugambar Pemuliharaan Antarabangsa, bersama dengan Testimoni Rolex, Cristina Mittermeier. Selain karya fotografi, Doubilet telah mengarang beberapa buku, termasuk karya terkenal Water Light Time and Two Worlds: Above and Below the Sea, yang menyingkap visi artistik dan komitmennya terhadap pemuliharaan lautan.

David Doubilet terus mempengaruhi generasi baharu jurugambar dan ahli pemuliharaan melalui projek berterusannya seperti "Lautan Melalui Lensa Masa" dan usahanya dalam mendokumentasikan aktiviti pemuliharaan di kawasan marin yang penting seperti Segi Tiga Karang. Legasinya terserlah melalui dedikasi yang tinggi untuk merakam keindahan lautan dan mendukung usaha perlindungan.

Gambar jerung
Gambar ikan

Doubilet menjadi Testimoni Rolex pada 1994. Beliau membeli Rolex pertamanya ketika baru berusia 16 tahun. Ujarnya: “Saya masih ingat Kapten Jacques Cousteau memakai Rolex dan juga Luis Marden, wira saya di National Geographic, memakai Rolex. Ketika saya membeli Rolex pertama saya, itulah detik yang penting dalam hidup saya.” Kini, beliau memakai Rolex Deepsea yang menemaninya dalam semua pengembaraan dalam air, merakam keindahan dan kerapuhan lautan kita.

Teruskan meneroka