Alain Hubert
Penjelajah kutub dan pendukung alam sekitar
Alain Hubert ialah seorang penjelajah kutub Belgium yang terkenal dengan ekspedisi Antartika yang menggemparkan dan sumbangannya terhadap sains iklim.
Sebagai seorang penjelajah, saya ingin berkongsi tentang penemuan saya di kawasan kutub ini dan saya tahu mustahil untuk melakukannya seorang diri.
Alain Hubert
Menjelajah ke hujung dunia
Alain Hubert ialah seorang penjelajah kutub, jurutera awam dan pendukung alam sekitar yang terkenal.
Ekspedisi kutubnya melampaui pencapaian peribadi, yang sering menggabungkan penyelidikan saintifik. Pada 2002, beliau mengasaskan Yayasan Kutub Antarabangsa bagi menyokong penyelidikan saintifik kutub dan menggalakkan kesedaran dan penyelesaian tentang perubahan iklim.
Menharungi kawasan ekstrem
Kerjaya hebat Hubert merangkumi banyak ekspedisi yang menggemparkan.
Pada 1994, beliau menjadi warga Belgium pertama yang sampai ke Kutub Utara selama 76 hari dengan menaiki ski. Beliau mencipta rekod dunia pada 1997–1998 bagi lintasan terpanjang benua Antartika dengan berjalan kaki dan ski, meliputi 3,924 kilometer selama 99 hari bersama rakan ekspedisinya, mendiang Dixie Dansercoer. Perjalanan ini mempamerkan teknik perjalanan yang inovatif, termasuk penggunaan layang-layang besar sebagai perejang.
Impak Hubert bukan hanya melalui ekspedisi. Beliau ialah penceramah yang kerap berkongsi pengalaman dan pandangannya tentang perubahan iklim dan isu alam sekitar. Karya beliau telah diiktiraf oleh banyak penghormatan termasuk Hadiah Antarabangsa Georges Lemaître untuk perkhidmatan sains pada 2003; Anugerah Geografi daripada Persatuan Geografi Diraja UK pada 2015; dan Pingat Emas Belgica daripada Akademi Sains Diraja Belgium pada 2023 atas sumbangannya terhadap sains kutub dan penerokaan.
Hubert terus membahagikan masanya antara Antartika dengan Belgium, meneruskan penyelidikan kutub dan kesedaran perubahan iklim melalui yayasannya dan ekspedisi berterusan. Inti pati kerjanya mencerminkan hubungan yang kuat antara penerokaan, sains dan penjagaan alam sekitar. Salah satu sumbangannya yang paling penting terhadap sains kutub ialah stesen penyelidikan Princess Elisabeth Antartika, kemudahan penyelidikan kutub sifar pelepasan gas rumah hijau pertama di dunia, yang dicetuskan dan dibina olehnya bersama-sama Yayasan Kutub Antarabangsa.
Hubert menjadi Testimoni Rolex pada 1999. Sebagai seorang peneroka, beliau telah memakai Rolex Explorer II dalam pelbagai ekspedisi, yang menurutnya: “Jam ini berfungsi sepanjang masa, di mana-mana sahaja, walaupun dalam keadaan cuaca buruk. Itu yang saya perlukan ketika dalam sebuah ekspedisi. Saya tidak boleh bergantung pada mana-mana peranti yang boleh mendatangkan masalah kerana tumpuan utama kami ialah pemanduan arah. Saya tidak boleh hilang arah. Jika tidak, saya sesat.”
Teruskan meneroka