Sophie Hinners

Sophie Hinners

Mengukir jejak keunggulan

Selaku penunggang yang begitu bijak dan tenang, Sophie Hinners, telah mempamerkan persembahan yang unggul dalam setiap tahap tertinggi ekuestrian dan memainkan peranan penting dalam kejayaan pasukan Jerman pada acara antarabangsa utama.

Sophie Hinners

Harapan bangsa, kemasyhuran antarabangsa

Dilahirkan di Jerman, Sophie Hinners terlibat dalam sukan ekuestrian sejak kecil, mula menunggang kuda pada umur empat tahun di ladang milik ibu saudara dan bapa saudaranya. Beliau melangkah maju pada peringkat kebangsaan dan dikenali kerana ketelitian teknikal dan ketajaman strategi. Pada 2019, beliau dipilih untuk mengambil bahagian dalam program pendidikan Akademi Penunggang Muda, sebuah inisiatif berprestij yang menyokong bakat harapan dalam sukan ekuestrian dengan kerjasama Rolex.

Potret Sophie Hinners

Hinners menggondol gelaran Kejohanan Wanita Jerman pada 2021, dengan menunggang Vittorio. Pada 2024, beliau mencipta sejarah di Bundeschampionat dengan memenangi ketiga-tiga pingat dalam kategori pertunjukan lompat kuda bagi kuda yang berusia enam tahun – satu pencapaian yang belum pernah dicapai – dan menjadi wanita pertama yang memenangi Grand Prix Piala Dunia CSI5* di Verona.

Pada awal tahun 2025, beliau menduduki tempat kelima keseluruhan dalam Pertandingan Akhir FEI World Cup™ di Basel, menjadikannya penunggang Jerman yang menduduki ranking tertinggi dan pesaing wanita yang menghuni tempat teratas. Di pentas berpasukan, beliau mempersembahkan pusingan penting yang kemas untuk membantu Jerman memenangi Piala Negara CSIO5* di St. Gallen. Beliau bertanding pada Grand Prix Rolex di Aachen dengan mempamerkan dua pusingan yang kemas, lantas melayakkan dirinya untuk pusingan penentu di padang yang begitu mencabar. Beliau turut bersaing pada Kejohanan Masters CSIO Spruce Meadows.

Sophie Hinners

Memartabatkan semula pertunjukan lompat kuda

Bersama rakan Testimoni Rolex, Richard Vogel dan rakan niaga David Will, beliau kini mengendalikan pusat ekuestrian bertaraf antarabangsa di Jerman, tempat beliau berlatih dan menternak kuda sambil terus bersaing pada peringkat tertinggi.

Beliau juga merupakan ahli penting Iron Dames, pasukan pertunjukan lompat kuda elit pertama yang kesemuanya wanita.

Sophie Hinners menjadi Testimoni Rolex pada 2025.