Pandangan udara kapal-kapal layar sedang meredah perairan terbuka berhampiran menara kelab layar bersejarah yang dibina daripada batu semasa Litar Atlantik Selatan Rolex

Litar Atlantik Selatan Rolex

Litar Atlantik Selatan Rolex menghubungkan ibu negara Argentina, Buenos Aires, dengan Punta del Este di Uruguay menerusi satu daripada regata yang paling terkenal di rantau ini.

Penaja Perdana sejak 2004
Kapal layar dengan layar kembang penuh dan layar spinnaker berwarna-warni meredah perairan bergelora semasa Litar Atlantik Selatan Rolex

Dua negara, satu kejohanan

Rolex telah menyokong Litar Atlantik Selatan sejak tahun 2004 sebagai sebahagian daripada kerjasama dalam sukan layar yang terjalin hampir 70 tahun serta hubungan jangka panjang dengan Kelab Kapal Layar Argentino dan Kelab Kapal Layar Punta del Este.

Dianjurkan bersama oleh kedua-dua kelab tersebut, acara ini menghimpunkan kru pelayaran luar pesisir terkemuka dari seluruh Amerika Selatan. Acara ini menggabungkan perlumbaan luar pesisir dan pesisir pantai serta menarik pelayar profesional dan pasukan amatur berpengalaman yang bersaing mengikut peraturan Kongres Perlumbaan Luar Pesisir (ORC) di perairan Río de la Plata dan Atlantik Selatan.

Perlumbaan luar pesisir bersejarah

Acara ini bermula dengan Regata Buenos Aires–Punta del Este, iaitu perlumbaan luar pesisir bersejarah dari Argentina ke Uruguay yang pertama kali diadakan pada tahun 1951. Pelayaran ini memberikan cabaran taktikal yang tersendiri kerana kru perlu mengharungi keadaan muara Río de la Plata yang berubah-ubah sebelum tiba di perairan terbuka di pesisir Atlantik.

Selepas peringkat luar pesisir, perlumbaan diteruskan di Punta del Este selama beberapa hari bagi pertandingan pesisir pantai, termasuk perlumbaan lawan dan ikut arah angin serta perlumbaan pergi balik tradisional, Vuelta a la Isla Gorriti. Kedua-dua peringkat ini menjadikan acara tersebut sebagai antara perlumbaan terpenting dalam kalendar sukan layar Amerika Selatan, sekali gus menjadi medan pertemuan utama bagi komuniti perlumbaan luar pesisir di rantau ini.

Edisi 2026 menandakan ulang tahun ke-75 regata ini, sekali gus mengukuhkan peranan penting acara ini dalam sejarah sukan layar Amerika Selatan.

Kru mengemudi kapal layar dengan teliti ketika mengelilingi boya penanda Rolex berwarna kuning semasa Litar Atlantik Selatan Rolex

Rolex dan lumba layar

Belayar ke arah ufuk yang sama. Prestasi menjadi penentu.

Temui lebih lanjut