Kejohanan Antarabangsa Wanita NYYC di Newport

Kejohanan Antarabangsa Wanita Kelab Kapal Layar New York


Kejohanan Antarabangsa Wanita Kelab Kapal Layar New York merupakan kejohanan baharu yang penting yang menyaksikan pelayar wanita terbaik dunia berlumba secara saksama.

Rakan kongsi sejak 2026
Regata di laut

Regata pelayaran sulung khusus untuk wanita

Kejohanan Antarabangsa Wanita NYYC berlangsung di Harbour Court Kelab Kapal Layar New York (NYYC) di Newport, Rhode Island. Dengan sokongan rakan kongsi pengasas, Rolex, acara ini direka untuk menyediakan pertandingan perahu lunas peringkat elit dengan standard tertinggi. Edisi sulung pada bulan September 2026 mengesahkan komitmen jangka panjang kelab tersebut terhadap sukan pelayaran.

IC37 dan Newport

Kejohanan ini menggunakan armada NYYC iaitu 20 kapal layar IC37 – perahu lunas 37 kaki (11.3 meter) reka bentuk tunggal yang serupa – bagi memastikan persaingan yang adil. Semua bot, layar dan penalaan diseragamkan oleh Pihak Berkuasa Penganjur, iaitu Persatuan Regata NYYC, manakala pengadil ditempatkan di seluruh perairan. Pada tahun 2026, pelayar terkemuka dari seluruh dunia memohon untuk mendapatkan 20 jemputan yang tersedia dan membawa pasukan yang dibentuk tanpa mengira kewarganegaraan, gabungan kelab layar atau status amatur ke Newport.

Kelas IC37 dibangunkan khusus untuk perlumbaan kompetitif dan memberikan ganjaran kepada kru yang dapat memberikan kerja berpasukan yang bagus dan ketepatan taktikal ketika menghadapi tekanan. Dengan dua hari latihan wajib dan lima hari perlumbaan, format kejohanan direka untuk menguji semua aspek prestasi kru sepanjang minggu penuh pertandingan di perairan Teluk Narragansett, antara lokasi pelayaran terkenal di dunia.

NYYC menjalinkan ikatan dengan Newport sejak hampir 200 tahun yang lalu, dan Harbour Court telah berfungsi sebagai rumah hinggap musim panas kelab itu sejak tahun 1988. Sisiran tepian air, digabungkan dengan program sosial penuh, termasuk majlis pembukaan dan jamuan penyampaian hadiah rasmi, mewujudkan pengalaman kejohanan yang lengkap untuk peserta dan tetamu.

Wanita belayar

Rolex dan lumba layar

Belayar ke arah ufuk yang sama. Prestasi menjadi penentu.

Temui lebih lanjut