Lubang ke-18 Kejohanan Travelers dipenuhi orang ramai

Kejohanan Travelers

Antara acara yang paling dinanti-nantikan dalam PGA TOUR®, Kejohanan Travelers menjadi medan pertemuan pemain handalan dunia pada setiap bulan Jun selama seminggu yang sungguh mengujakan.

Penaja Rasmi PGA TOUR® sejak 2007
Para pemain golf dan kedi di lapangan di hadapan penonton yang ramai

Tonggak jelajah selama hampir 60 tahun

Rolex menyokong Kejohanan Travelers sebagai Penaja Rasmi PGA TOUR®. Menerusi pelbagai kerjasama selama hampir 60 tahun, kehadiran jenama ini menonjol di beberapa acara golf paling berprestij pada peringkat global, termasuk kejohanan ini, iaitu satu daripada Acara Istimewa utama dalam jelajah berkenaan.

Kejohanan ini telah menjadi tonggak jelajah tersebut sejak tahun 1952 apabila diperkenalkan untuk kali pertama dengan nama Terbuka Insurance City.

Padang yang menghargai ketepatan

Sejak tahun 1984, kejohanan ini telah dimainkan di TPC River Highlands di Cromwell, Connecticut, sebuah padang golf yang lahir pada tahun 1928 apabila dibuka sebagai Kelab Golf Middletown.

Untuk edisi 1984 itu, Pete Dye telah mereka bentuk semula sembilan lubang sedia ada sebelum rakan arkitek padang, Bobby Weed, menyelia satu lagi baik pulih besar-besaran pada tahun 1989, yang mewujudkan 11 lubang baharu dan suasana amfiteater semula jadi di sekitar bahagian penamat yang membentuk identiti padang masa kini. Padang ini memberikan ganjaran kepada pemikiran strategik dan teknik pukulan yang tepat serta jarak pukulan dari ti.

Trofi perak Kejohanan Travelers dipamerkan

Rolex dan golf

Sebuah lapangan bersama. Misi untuk bersama-sama memburu ketepatan.

Temui lebih lanjut