AT&T Pebble Beach Pro-Am menghimpunkan ramai pemain handalan PGA Tour® di Pebble Beach Golf Links, yang menampilkan lintasan dan rumput tebing di atas Lautan Pasifik serta tradisi profesional-amatur yang telah memartabatkan satu daripada kejohanan paling unik dalam jelajah ini.
Rolex menyokong AT&T Pebble Beach Pro-Am sebagai Penaja Rasmi PGA Tour®. Menerusi pelbagai kerjasama selama hampir 60 tahun, jenama ini hadir di beberapa kejohanan golf paling berprestij di seluruh dunia, termasuk kejohanan ini, iaitu sebahagian daripada siri Acara Istimewa utama dalam jelajah berkenaan.
Berlangsung di Semenanjung Monterey yang memukau, acara ini merupakan antara yang paling dikenali dalam jelajah tersebut. Acara ini diadakan pada awal musim semasa jelajah California dan terkenal dengan susun atur padang yang mencabar dengan lintasan yang sempit, kawasan rumput yang kecil dan tiupan angin pantai yang berubah-ubah.
Diwujudkan pada tahun 1937 sebagai Bing Crosby National Pro-Am, acara ini berkait rapat dengan Pebble Beach Golf Links dan tradisi pertandingan profesional-amatur. Selama bertahun-tahun, acara ini menjadi temasya berprofil tinggi dalam kalendar PGA Tour®, membawakan golf bertaraf kejohanan ke lokasi yang memukau di Pantai Barat.