Kejuaraan yang dibina atas dasar perkongsian
Rolex ialah Penjaga Masa Rasmi Kejohanan PGA Wanita KPMG, sebagai sebahagian daripada komitmen yang meluas terhadap golf wanita yang merangkumi kesemua lima kejohanan utama, serta perkongsian dengan Persatuan Golf Profesional Wanita (LPGA) sejak tahun 1980.
Ditubuhkan pada tahun 1955, Kejohanan PGA Wanita KPMG dikenali sebagai Kejohanan LPGA hingga 2014. Versi nama moden diguna pakai berikutan pengumuman perkongsian pada tahun 2015 antara Persatuan Pemain Golf Profesional (PGA) Amerika Syarikat, LPGA dan KPMG sebagai Penaja Perdana.