Seorang pemain golf melakukan hayunan di kotak ti semasa kejohanan Terbuka Genesis Scotland berlatarkan penonton dan astaka besar

Terbuka Genesis Scotland

Terbuka Genesis Scotland merupakan gerbang antara PGA Tour® dengan Jelajah DP World dan ujian padang tepi laut yang penting sebelum Terbuka.

Penjaga Masa Rasmi Jelajah DP World sejak 1997
Seorang pemain golf profesional melakukan pukulan jarak dekat berlatarkan pokok, penonton dan papan pendahulu di bawah langit yang cerah

Terbuka kebangsaan Scotland di Golf Coast

Rolex ialah Penjaga Masa Rasmi Terbuka Genesis Scotland. Sebuah acara Piala FedEx yang dikelola bersama dan sebahagian daripada Siri Rolex dalam Jelajah DP World.

Acara ini memiliki kedudukan tersendiri dalam kalendar golf antarabangsa. Dikelola bersama oleh PGA Tour® dan Jelajah DP World, kejohanan ini menghimpunkan barisan pemain yang dibahagikan daripada kedua-dua liga untuk bersaing di padang yang menuntut kebolehsuaian, imaginasi dan kawalan, sejurus sebelum Terbuka.

Daripada terbuka kebangsaan kepada peringkat antarabangsa

Edisi pertama Terbuka Scotland berlangsung pada tahun 1972 sebagai sebahagian daripada musim sulung Jelajah DP World, dahulu dinamakan Jelajah Eropah, dan telah diadakan di Kelab Golf Downfield di Dundee. Sepanjang dekad-dekad berikutnya, kejohanan ini telah diadakan di beberapa arena golf terkenal di Scotland, antaranya, Gleneagles, Loch Lomond, Carnoustie dan Royal Aberdeen, sebelum mendapat lokasi tetap di Kelab Renaissance di North Berwick hingga 2030. Pada tahun 2017, acara tersebut telah dinaik taraf kepada acara Siri Rolex, sekali gus meningkatkan reputasi pada peringkat global. Lima tahun kemudian, di bawah tajaan perdana Genesis, acara ini dikelola bersama oleh Jelajah DP World dan PGA Tour® – satu detik penting bersejarah yang mengubah status kejohanan ini di pentas dunia.

Penanda ti berwarna gelap di padang golf menampilkan logo Siri Rolex dan jenama Terbuka Scotland Genesis
Seorang pemain golf melakukan hayunan ke belakang di padang golf pesisir berlatarkan lautan dan sebuah pulau

Terbuka Scotland Genesis telah diadakan di Kelab Renaissance sejak 2019. Angin, rumput yang kukuh dan teknik pukulan yang kreatif kekal menjadi faktor penting bagi memastikan kejayaan terhasil daripada pertimbangan dan juga pelaksanaan serta menjadikan minggu ini sebagai persediaan terakhir yang ideal untuk menghadapi Terbuka.

Rolex dan golf

Sebuah lapangan bersama. Misi untuk bersama-sama memburu ketepatan.

Temui lebih lanjut