Pemandangan padang golf semasa Kejohanan PGA BMW, penonton duduk pada latar hadapan dan khemah rehat terletak di sepanjang padang

Kejohanan PGA BMW

Kejohanan BMW PGA merupakan acara paling berprestij dalam Jelajah Dunia DP dan sebuah kejohanan utama dalam Siri Rolex yang diadakan setiap bulan September di Kelab Wentworth di Surrey, iaitu pusat jelajah tersebut.

Penjaga Masa Rasmi sejak 1997
Seorang pemain golf melakukan pukulan di kotak ti pertama di hadapan penonton dan rumah kelab Wentworth yang ikonik semasa Kejohanan PGA BMW

Golf bertaraf kejohanan di Kelab Wentworth

Rolex telah menjadi Penjaga Masa Rasmi bagi Jelajah Dunia DP yang dahulu dikenali sebagai Jelajah Eropah sejak 1997, manakala Kejohanan BMW PGA telah menjadi sebahagian daripada Siri Rolex sejak diperkenalkan pada 2017. Kejohanan ini merupakan satu daripada lima kejohanan dalam jelajah yang membawa gelaran itu dan paling berprestij antara semua kejohanan dengan barisan pemain terkuat dalam golf Eropah selain acara utama.

Sejarah melebihi tujuh dekad

Kejohanan BMW PGA diasaskan pada 1955 oleh Persatuan Pemain Golf Profesional Great Britain sebagai Kejohanan PGA British, yang diadakan secara bergilir di padang golf terbaik di Britain sebelum dikekalkan di Padang West, Wentworth pada 1984.

Seorang pemain golf dan kedinya membawa beg Callaway berjalan merentasi padang ke arah bola, dengan barisan penonton pada latar belakang
Seorang pemain golf lelaki berpakaian serba putih sedang melakukan hayunan semasa kejohanan golf profesional. Syot luas menunjukkan pemain itu sedang menghayun kayu golf di hadapan astaka besar disaksikan orang ramai dari jauh

Dibuka pada 1926, padang par 72 sepanjang 6,677 meter (7,302 ela) ini menuntut ketepatan dari ti ke rumput, manakala penghujung yang mencabar mampu mengubah kedudukan secara drastik pada saat akhir pertandingan.

Kejohanan ini merupakan sambutan golf yang amat digemari, manakala acara Selebriti Pro-Am yang berlangsung pada malam sebelum kejohanan sememangnya popular. Sejak dahulu lagi, kejohanan ini disertai oleh anggota pasukan Piala Ryder Eropah sebagai medan untuk berkumpul dan memantapkan permainan menjelang pertemuan dengan pasukan Amerika.

Rolex dan golf

Sebuah lapangan bersama. Misi untuk bersama-sama memburu ketepatan.

Temui lebih lanjut