Pemandangan panorama kota lama Salzburg dan Kubu Hohensalzburg ketika matahari terbenam

Pesta Salzburg

Selama enam minggu pada setiap musim panas di kawasan utara, Salzburg, tempat kelahiran Wolfgang Amadeus Mozart, dimeriahkan dengan satu daripada acara kebudayaan paling berprestij di dunia.

Penaja Utama dan Jam Tangan Rasmi sejak 2012
Pemandangan waktu malam lokasi Pesta Salzburg dengan Kubu Hohensalzburg di bahagian atas diterangi cahaya

Bandar menjadi pentas

Rolex menjadi Penaja Utama dan Jam Tangan Rasmi Pesta Salzburg sejak tahun 2012.

Pesta yang diasaskan pada tahun 1920 ini menampilkan kelainan melalui produksi bercita-cita tinggi dan penyertaan para pemuzik, konduktor dan pengarah terkemuka. Kini, pesta itu meneruskan tradisi ini menerusi pelbagai program artistik yang menghimpunkan beberapa konduktor, pengarah pentas, penyanyi, pemuzik, pelakon dan orkestra terkemuka dunia untuk persembahan opera, teater dan konsert bertaraf dunia.

Pemandangan waktu malam kota lama Salzburg dengan Kubu Hohensalzburg di bahagian atas diterangi cahaya

Denyut nadi muzik Eropah

Diasaskan lebih daripada satu abad yang lalu oleh Hugo von Hofmannsthal, Max Reinhardt dan Richard Strauss, Pesta Salzburg telah dirasmikan dengan pementasan drama moral Jedermann tulisan Hofmannsthal oleh Reinhardt di hadapan Katedral Salzburg. Konsert menyusul pada tahun 1921 dan opera pada tahun 1922 – dengan program karya Mozart yang merangkumi Don Giovanni di bawah pimpinan Richard Strauss. Sejak itu, lahirlah tiga tonggak pesta: opera, teater dan konsert, yang masih menjadi identiti pesta pada masa kini.

Penonton yang memenuhi dewan konsert memberikan tepukan kepada orkestra selepas persembahan secara langsung

Pesta Salzburg menawarkan program artistik yang paling luas antara mana-mana pesta di dunia yang meliputi karya Mozart, garapan moden, pentafsiran klasikal dan percubaan inovatif.

Pesta ini diadakan setiap tahun selama enam minggu bermula pada bulan Julai. Tiga tempat – Grosses Festspielhaus, Felsenreitschule, yang dibina di dalam bekas kuari batu dan Haus für Mozart – memberikan ciri seni bina dan suasana yang unik.

Testimoni Rolex termasuk Yannick Nézet-Séguin, Yuja Wang, Jonas Kaufmann, Benjamin Bernheim, Sir Bryn Terfel, Gustavo Dudamel, Renaud Capuçon dan Juan Diego Flórez pernah membuat persembahan pada pesta ini. Filharmonik Vienna, rakan kongsi Rolex, telah menjadi orkestra tetap sejak penubuhan acara ini.

Rolex dan muzik

Muzik adalah sumber emosi sejagat yang merentasi sempadan, budaya dan generasi.

Temui lebih lanjut