Pandangan udara kubu zaman pertengahan di Castiglione della Pescaia

Georg Solti Accademia

Georg Solti Accademia yang terletak di Tuscan melatih penyanyi opera muda yang cemerlang dalam repertoir bel canto.

Rakan Kongsi Rasmi sejak 2010
Konduktor Sir Georg Solti

Memupuk generasi penyanyi opera terbaik yang seterusnya

Rolex telah menjadi rakan kongsi utama Georg Solti Accademia sejak tahun 2010. Terletak di pekan tepi laut Tuscan di Castiglione della Pescaia, berhampiran rumah musim panas mendiang Sir Georg Solti, Accademia menawarkan penghayatan tradisi bel canto Itali secara intensif kepada penyanyi opera dan pelatih baharu menerusi bimbingan beberapa penyanyi dan jurulatih terkemuka dalam dunia opera.

Sir Georg Solti memimpin orkestra semasa sesi latihan

Legasi Sir Georg Solti

Ditubuhkan pada tahun 2004 oleh mendiang Lady Valerie Solti, Candice Wood dan Jonathan Papp, Georg Solti Accademia memenuhi impian Maestro Georg Solti sejak sekian lama: untuk mewujudkan program latihan di Itali bagi pemuzik muda yang cemerlang. Beliau percaya bahawa gabungan penghayatan opera dan kehidupan serta budaya Itali boleh memberikan kesan yang sangat positif terhadap perkembangan pemuzik muda ketika mereka beralih daripada pelajar kepada profesional.

Sir Georg Solti, yang lahir di Budapest pada tahun 1912, merupakan seorang daripada konduktor terhebat pada separuh kedua abad ke-20. Beliau terkenal dengan kerjanya bersama syarikat opera di Munich, Frankfurt dan London serta atas tempoh khidmatnya yang panjang sebagai Pengarah Muzik Orkestra Simfoni Chicago. Sepanjang kerjayanya, Solti mendukung penyanyi dan pemuzik muda, termasuk artis yang kemudian menjadi antara tokoh tersohor di dunia, termasuk Testimoni Rolex, Dame Kiri Te Kanawa dan Sir Bryn Terfel. Accademia meneruskan komitmen beliau.

Benjamin Bernheim membimbing seorang penyanyi

Accademia bermula dengan Kursus Bel Canto untuk para penyanyi mengembangkan suara dan kemahiran muzik mereka. Pada tahun 2009, Accademia telah menubuhkan Kursus Répétiteur, yang mewujudkan peluang latihan untuk pelatih opera muda bagi membangunkan pelbagai kemahiran yang diperlukan dalam produksi profesional. Dengan kadar penerimaan hanya enam peratus daripada ratusan permohonan global setiap tahun, setiap artis muda yang berjaya mendapat biasiswa penuh yang meliputi yuran pengajian dan penginapan.

Fakulti Kursus Bel Canto 2026 termasuk Testimoni Rolex, Benjamin Bernheim, antara penyanyi tenor terkemuka dalam generasinya.