Laman Web Rasmi Rolex

Semua produk yang dipaparkan di laman web mungkin boleh didapati di Peruncit Rasmi Rolex. Bagi memastikan ketulenan, produk - produk Rolex yang asli hanya boleh didapati secara eksklusif melalui Peruncit Rasmi Rolex. Rolex tidak boleh dibeli melalui laman web dan tidak dapat menjamin keaslian jam tangan yang dibeli dalam talian. Rolex menjemput anda untuk melawat Peruncit Rasmi Rolex yang berhampiran dengan anda.

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran kami dan pada masa ini,permintaan untuk jam tangan kami telah melebihi daripada kapasiti ini. Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex, yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan. Peruncit Rolex rasmi boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

Rolex berhak pada setiap masa untuk mengubah suai model yang dipaparkan di laman web. Rolex telah cuba untuk memaparkan bentuk dan warna produk keluarannya dengan tepat di laman web , ianya bergantung sepenuhnya terhadap paparan skrin anda dan mungkin akan ada sedikit perbezaan.

Sebarang tambahan atau penggantian bahagian-bahagian dan aksesori  yang bukan dikeluarkan oleh Rolex, sama ada pemindaan, pengubahsuaian atau sebarang perubahan material dilakukan ke atas produk Rolex oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan boleh menyebabkan pembatalan waranti. Rolex tidak meluluskan apa-apa perubahan yang dilakukan oleh pihak ketiga tanpa kebenaran pada produk Rolex, termasuk penambahan elemen lisan dan grafik, serta apa-apa aktiviti penyesuaian (seperti jam tangan yang disaluti warna hitam, penambahan berlian yang terdapat di pasaran, bezel, dail serta rantai jam tangan dan lain-lain. Pengubahsuaian ini boleh merosakkan kualiti dan integriti produk Rolex.

Semua hak milik intelektual seperti tanda perniagaan, nama dagang, reka bentuk dan hak cipta terpelihara adalah eksklusif hak milik Rolex.

Terma -terma Penggunaan

Anda mengakses dan menggunakan laman web ROLEX.COM ("Laman web") adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang berikut serta semua undang-undang yang berkaitan. Dengan mengakses dan melayari laman web ini, anda menerima tanpa had atau kelayakan terma- terma perjanjian penggunaan.

Hak Cipta dan tanda perniagaan Rolex.

Rolex pemilik laman web ini. Rolex memiliki atau mempunyai hak untuk semua " kertas dinding, ikon, watak-watak, karya seni, imej, grafik, muzik, teks, video, perisian dan lain-lain kandungan laman web ini ("Kandungan"), dan semua HTML, CGI dan lain-lain kod serta sebarang format di skrip yang digunakan untuk melaksanakan laman web ini (Kod").   Kandungan dan kod Laman web ini adalah dilindungi oleh hak cipta. Kecuali seperti yang dinyatakan di sini, anda tidak boleh membuat sebarang salinan, ubah suai, memuat naik, memuat turun, menghantar, menerbitkan semula, memaparkan untuk pengedaran semula kepada pihak ketiga untuk tujuan komersial, atau sebaliknya mengedar sebarang kod atau kandungan dari laman web tanpa persetujuan bertulis daripada Rolex. Anda tidak boleh menggunakan kandungan atau kod dari laman web ini untuk sebarang tujuan selain daripada yang dinyatakan di sini.

Semua nama, logo dan tanda perniaggan yang dipaparkan di laman web ini adalah hak milik Rolex. Anda tidak boleh menggunakan kandungan ini dalam apa-apa cara yang mungkin menyebabkan kekeliruan atau dalam apa-apa cara lain tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Rolex.

Kegagalan anda untuk mematuhi terma-terma Perjanjian penggunaan akan membentuk pelanggaran kontrak dan akan melanggar hak cipta, cap dagangan serta Perdagangan Hak Harta Intelek . Anda dibenarkan untuk mencetak sebahagian kandungan laman web ini untuk tujuan bukan komersial sahaja.

Liabiliti: Tiada waranti atau perwakilan

Rolex akan berusaha untuk memberikan yang terbaik dengan memberikan maklumat yang tepat dan dikemas kini di laman web, ia membuatkan tiada waranti atau perwakilan berkaitan dengan kandungan laman web, yang "disediakan Seadanya". Seperti yang dibenarkan oleh undang-undang, Rolex tidak akan bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun sama ada secara langsung, tidak langsung, insidental, konsekuen, kehilangan data, pendapatan atau keuntungan, ganti rugi punitif dan/atau tuntutan pihak ketiga yang berpunca daripada penggunaan, akses kepada, atau ketidakupayaan untuk menggunakan Perkhidmatan maklumat dan/atau produk yang ditawarkan di laman web atau apa-apa kerosakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan Laman web ini. Selain itu, Rolex tidak bertanggungjawab dan tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan atau virus yang boleh mengakibatkan kerosakan pada peralatan komputer anda atau harta lain disebabkan capaian anda ketika menggunakan atau melayari laman web ini atau anda memuat turun maklumat daripada Laman web ini.

Sebarang terma, syarat atau peruntukan dalam terma-terma penggunaan perjanjian tidak akan menjejaskan penguatkuasaan bahagian-bahagian syarat-syarat perjanjian penggunaan yang dianggap boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang dari Mahkamah.

Privasi

Sila baca dasar privasi yang akan digunapakai oleh Rolex dalam menangani apa-apa maklumat peribadi yang anda berikan.

Pautan dan Laman web pihak ketiga

Rolex tidak bertanggungjawab untuk kandungan mana-mana pautan yang dipautkan ke atau dari laman web ini. Pautan ke laman web lain adalah pada risiko pengguna sendiri. Rolex boleh menyediakan pautan dari laman web yang lain dan pautan tersebut dimasukkannya ke dalam laman web adalah semata-mata untuk memudahkan pengguna. Rolex tidak mepunyai perwakilan dan menafikan semua jaminan, yang nyata dan tersirat, sebagai kepada ketepatan, keesahan, kesesuaian, atau sebaliknya pada apa-apa bahan atau maklumat yang terkandung di laman web tersebut.

Semakan

Rolex boleh pada bila-bila masa menyemak semula terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian syarat-syarat penggunaan dengan membuat pengumuman. Anda menerima apa-apa pindaan dan hendaklah melawati halaman ini untuk mengkaji semula terma dan syarat semasa  yang digunapakai untuk kegunaan anda terhadap laman web ini dari semasa ke semasa.

Bidang Kuasa

Apa-apa pertikaian ke atas kandungan atau penggunaan Laman web ini akan ditadbir oleh undang-undang substantif Switzerland dan bidang kuasa serta lokasi tindakan tersebut diberikan kepada kuasa tertinggi yang terletak pada Parlimen; sebelum diusulkan ke Mahkamah biasa di Canton Geneva.

Terma-terma Perjanjian penggunaan telah dikemaskini Julai 2018


© Rolex, 2018 Hak cipta terpelihara.
 

Logo F1 FORMULA 1 , F1, FORMULA 1, KEJOHANAN DUNIA FORMULA SATU FIA , GRAND PRIX dan tanda-tanda yang berkaitan adalah jenama Pelesenan BV Formula Satu , sebuah syarikat Kumpulan Formula satu.
Hak cipta terpelihara.

Terma-terma Perjanjian penggunaan telah dikemaskini Julai 2018

© Rolex, 2018 Hak cipta terpelihara.

Logo F1 FORMULA 1 , F1, FORMULA 1, KEJOHANAN DUNIA FORMULA SATU FIA , GRAND PRIX dan tanda-tanda yang berkaitan adalah jenama Pelesenan BV Formula Satu , sebuah syarikat Kumpulan Formula satu.
Hak cipta terpelihara.

Kongsi Halaman ini