Rolex menghormati privasi anda dan komited dalam melindungi data peribadi anda. Notis privasi ini akan memaklumkan kepada anda tentang bagaimana kami menjaga data peribadi anda apabila anda melayari laman web kami (tidak kira dari mana anda melayarinya) dan juga memberitahu anda tentang hak-hak privasi anda dan bagaimana undang-undang melindungi diri anda.
Apabila kami menyebut “Rolex” atau “kami” dalam notis privasi ini, kami merujuk kepada:
ROLEX SA
3-5-7 rue François-Dussaud
1211 Geneva 26
Switzerland
Nombor syarikat Swiss:
CH-660.0.012.920-4
ROLEX SA ialah pengguna data bagi data peribadi yang dikumpul melalui lawan web ini.
Kami telah melantik seorang penyelia data peribadi yang bertanggungjawab untuk mengendalikan soalan-soalan berkenaan dengan notis privasi ini. Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang notis privasi ini, termasuk apa-apa permintaan untuk menjalankan hak undang-undang anda, sila hubungi penyelia data peribadi dengan menggunakan butiran seperti yang dinyatakan di bawah.
Penyelia Data Peribadi: Mr. Xavier Braun
Alamat surat-menyurat: 3-5-7, rue François-Dussaud, 1211 Geneva 26, Switzerland
Nombor telefon: +4122 302 22 00
Alamat e-mel: privacy@rolex.com
ROLEX SA hanya akan memberi maklum balas terhadap pertanyaan tentang perlindungan data. Sebarang komunikasi hendaklah dihantar dalam Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Perancis.
Anda juga mempunyai hak untuk membuat aduan pada bila-bila masa kepada badan berkuasa penyeliaan dalam bidang kuasa yang sewajarnya.
Data peribadi bermaksud sebarang maklumat tentang seseorang individu yang membolehkan orang tersebut dikenal pasti. Ia tidak termasuk data yang mana identiti individu tersebut telah dikeluarkan (data tanpa nama).
Kami mungkin mengumpul, menggunakan, menyimpan dan memindahkan pelbagai jenis data peribadi tentang anda, yang kami telah kategorikan seperti berikut:
Kami tidak mengumpul sebarang Data Peribadi Kategori Khas (ini termasuk butiran tentang bangsa atau keturunan anda, kepercayaan keagamaan atau falsafah, kehidupan seks, orientasi seks, pendapat politik, keahlian kesatuan sekerja, maklumat tentang kesihatan, data genetik dan data biometrik). Kami juga tidak mengumpul sebarang maklumat tentang apa-apa sabitan dan kesalahan jenayah.
Kami menggunakan pelbagai cara untuk mengumpul data daripada anda dan tentang anda, termasuk melalui:
Kami telah menyediakan di bawah, dalam satu format jadual, satu penerangan tentang semua cara bagaimana kami merancang untuk menggunakan data peribadi anda, dan asas undang-undang yang menjadi pergantungan kami dalam berbuat demikian. Kami juga telah mengenal pasti kepentingan kami yang sah yang dirasakan wajar.
Sila ambil maklum bahawa kami mungkin memproses data peribadi anda berdasarkan lebih daripada satu asas undang-undang, bergantung kepada tujuan khusus kami menggunakan data anda itu. Sila hubungi kami jika anda memerlukan butiran lanjut tentang asas undang-undang khusus yang kami gunakan untuk memproses data peribadi anda, apabila lebih daripada satu asas telah dinyatakan dalam jadual di bawah.
Kami hanya akan menggunakan data peribadi anda untuk tujuan kami mengumpulnya, melainkan jika kami semunasabahnya merasakan bahawa kami perlu menggunakannya untuk tujuan yang lain dan tujuan tersebut adalah selari dengan tujuan yang asal. Jika anda ingin mendapatkan penjelasan tentang bagaimana pemprosesan untuk tujuan yang baru adalah selari dengan tujuan yang asal, sila hubungi kami.
Jika kami perlu menggunakan data peribadi anda untuk tujuan yang tidak berkaitan, kami akan memaklumkan perkara ini kepada anda dan menerangkan asas undang-undang yang membenarkan kami berbuat demikian.
Sila ambil maklum bahawa kami mungkin memproses data peribadi anda tanpa pengetahuan atau persetujuan anda, dengan mematuhi peraturan di atas, apabila perbuatan ini dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang.
Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda untuk tempoh selama yang semunasabahnya perlu untuk memenuhi tujuan pengumpulan data tersebut, termasuk untuk tujuan memenuhi apa-apa keperluan undang-undang, kawal selia, percukaian, perakaunan atau laporan. Kami mungkin menyimpan data peribadi anda untuk tempoh yang lebih lama sekiranya terdapat aduan atau sekiranya kami semunasabahnya percaya bahawa terdapat kemungkinan berlakunya tindakan undang-undang (litigasi) berkenaan dengan hubungan kami dengan anda.
Untuk menentukan tempoh penyimpanan yang wajar bagi data peribadi, kami mengambil kira jumlah, sifat dan sensitiviti data peribadi tersebut, risiko kemungkinan berlaku sebarang kemudaratan daripada penggunaan atau penzahiran data peribadi anda yang dilakukan tanpa kebenaran, tujuan pemprosesan data peribadi anda dan sama ada kami boleh mencapai tujuan tersebut melalui cara yang lain, serta mengambil kira keperluan undang-undang, kawal selia, percukaian dan perakaunan yang terpakai, atau lain-lain keperluan.
Butiran tentang tempoh penyimpanan aspek data peribadi anda yang berbeza-beza disenaraikan dalam jadual di bawah.
Anda boleh meminta supaya kami atau pihak ketiga berhenti menghantar pesanan pemasaran kepada anda pada bila-bila masa dengan mengikuti pautan pilih keluar (‘opt-out’) yang terdapat pada mana-mana pesanan pemasaran yang dihantar kepada anda, atau dengan cara menghubungi kami pada bila-bila masa.
Apabila anda memilih keluar daripada menerima pesanan pemasaran daripada kami, ini tidak akan terpakai bagi data peribadi yang diberikan kepada kami sebagai hasil daripada aktiviti/tujuan 1-4 di atas.
Tertakluk kepada persetujuan anda, kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga dalaman atau luaran.
Dalam apa jua keadaan, kami mengkehendaki semua pihak ketiga untuk menghormati keselamatan data peribadi anda dan menganggap ia sesuai dengan perundangan. Kami tidak membenarkan pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami untuk menggunakan data peribadi anda untuk tujuan mereka sendiri dan hanya membenarkan mereka memproses data peribadi anda untuk tujuan tertentu sahaja mengikut arahan kami.
Kami berkongsi data peribadi anda dalam kalangan kumpulan syarikat Rolex. Ini mungkin melibatkan pemindahan data anda ke luar Kawasan Ekonomi Eropah (EEA).
Sebilangan daripada pihak ketiga luaran kami berpusat di luar Kawasan Ekonomi Eropah, oleh itu pemprosesan data peribadi anda oleh mereka akan melibatkan pemindahan data ke luar Kawasan Ekonomi Eropah.
Pada bila-bila masa kami memindahkan data peribadi anda ke luar Kawasan Ekonomi Eropah, kami memastikan bahawa tahap perlindungan yang serupa diberikan kepada data tersebut dengan memastikan bahawa sekurang-kurangnya salah satu daripada langkah keselamatan di bawah dilaksanakan:
Sila hubungi kami sekiranya anda mahukan maklumat lanjut tentang mekanisme khusus yang kami gunakan apabila memindahkan data peribadi anda ke luar Kawasan Ekonomi Eropah.
Kami telah menyediakan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya untuk mencegah data peribadi anda daripada hilang dengan tidak sengaja, digunakan atau diakses tanpa kebenaran, diubah suai atau dizahirkan. Sebagai tambahan, kami juga mengehadkan akses kepada data peribadi anda hanya kepada pekerja, agen, kontraktor dan pihak ketiga kami yang mempunyai keperluan perniagaan untuk tahu. Mereka hanya akan memproses data peribadi anda berdasarkan arahan kami dan mereka juga tertakluk kepada kewajipan kerahsiaan.
Kami telah menyediakan prosedur untuk menangani sebarang pelanggaran data peribadi yang disyaki dan kami akan memaklumkan tentang pelanggaran ini kepada anda dan mana-mana badan berkuasa penyeliaan yang terpakai apabila kami dikehendaki oleh undang-undang untuk berbuat demikian.
Anda boleh menetapkan pelayar anda supaya menolak semua atau sebahagian daripada kuki pelayar, atau untuk memaklumkan kepada anda apabila terdapat laman web yang menetapkan atau mengakses kuki. Jika anda menutup atau menolak penggunaan kuki, sila ambil maklum bahawa ini mungkin akan menyebabkan sebahagian daripada laman web ini tidak boleh diakses atau tidak berfungsi dengan betul. Untuk maklumat lanjut tentang kuki yang kami gunakan, sila lihat di sini:
Laman web ini mungkin termasuk pautan kepada laman web, pemalam dan aplikasi tertentu pihak ketiga. Menekan klik pada pautan tersebut atau membolehkan sambungan dibuat mungkin akan membolehkan pihak ketiga mengumpul atau berkongsi data tentang anda. Kami tidak mengawal laman web pihak ketiga ini dan kami tidak bertanggungjawab atas pernyataan privasi mereka. Apabila anda meninggalkan laman web kami, kami menggalakkan anda untuk membaca notis privasi setiap laman web yang anda layari.
Di bawah hal keadaan yang tertentu, anda mempunyai hak-hak berikut di bawah undang-undang perlindungan data berkenaan dengan data peribadi anda:
Jika anda ingin melaksanakan mana-mana hak yang dinyatakan di atas, sila hubungi penyelia data peribadi.
Anda tidak perlu membayar fi untuk mengakses data peribadi anda (atau untuk melaksanakan hak-hak anda yang lain). Namun, kami mungkin mengenakan fi yang munasabah sekiranya permintaan anda jelas tidak berasas, berulang-ulang atau keterlaluan. Sebagai alternatif, kami boleh menolak untuk memenuhi permintaan anda dalam keadaan seperti ini.
Kami mungkin perlu meminta maklumat khusus daripada anda untuk membantu kami mengesahkan identiti anda dan memastikan hak anda untuk mengakses data peribadi anda (atau untuk melaksanakan mana-mana hak anda yang lain). Ini merupakan langkah keselamatan untuk memastikan data peribadi tidak dizahirkan kepada mana-mana orang yang tidak mempunyai hak untuk menerimanya. Kami mungkin juga akan menghubungi anda untuk meminta maklumat lanjut daripada anda berhubung dengan permintaan anda bagi mempercepatkan maklum balas daripada kami.
Kami cuba memberikan maklum balas kepada semua permintaan yang sah dalam tempoh satu bulan. Kadangkala kami mungkin mengambil masa lebih daripada satu bulan jika permintaan anda adalah rumit atau jika anda telah membuat beberapa permintaan. Dalam kes ini, kami akan memberitahu hal ini kepada anda dan juga memaklumkan perkembangan terkini kepada anda.
Penting untuk data peribadi yang kami simpan tentang anda bersifat tepat dan terkini. Sila maklumkan kepada kami jika terdapat perubahan pada data peribadi anda semasa hubungan anda dengan kami berlangsung.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan tentang Polisi ini, amalan privasi kami atau komunikasi anda dengan Rolex, sila hubungi Rolex secara bertulis atau melalui telefon:
ROLEX SA
Rue François-Dussaud, 3-5-7
1211 Genève 26 – Switzerland
+41 22 302 22 00
E-mel: privacy@rolex.com
ROLEX SA hanya akan memberi maklum balas terhadap pertanyaan tentang perlindungan data. Sebarang komunikasi hendaklah dihantar dalam Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Perancis.
Pertanyaan: enquiries@rolex.com
ROLEX SA hanya memberi maklum balas kepada pertanyaan tentang perkhidmatan selepas jualannya. Sebarang komunikasi hendaklah dihantar dalam Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Perancis. Untuk sebarang pertanyaan lain, sila hubungi peruncit anda.
Penyelia perlindungan data: En. Xavier BRAUN
Tarikh Polisi ini dikemaskinikan: Januari 2019