Rolex bekerjasama dengan pertandingan golf paling berprestij, termasuk semua kejohanan utama lelaki dan wanita, kejohanan elit lain serta pertandingan berpasukan antarabangsa terkemuka. Semua pertandingan ini membawakan pemain golf terbaik dunia, yang bersaing dengan sengit dan saling menghormati. Acara yang mencabar ini dan nilai yang dipegang menjunjung semangat golf yang sejagat.
Hubungan Rolex yang berkekalan dengan golf bermula pada tahun 1967, termeterai melalui jabat tangan dengan seorang lelaki budiman, Arnold Palmer, dan tertumpu pada pakatan dengan trio Palmer, Jack Nicklaus dan Gary Player. Dikenali sebagai The Big Three, mereka mempopularkan sukan ini ke seluruh dunia. Sejak itu, Rolex telah mengekalkan hubungan istimewa dengan pemain golf handalan.
Selama hampir 60 tahun, Rolex telah menyokong sukan golf meliputi acara paling berprestij, pemain legenda dan bakat muda harapan. Jenama ini juga menyokong Peraturan Golf rasmi, yang dikelola oleh R&A dan Persatuan Golf Amerika Syarikat (USGA).