• Lokasi kedai
    Kegemaran
    • Konfigurasi Rolex anda
    • Lokasi kedai

Pilihan

  • Terbuka Amerika Syarikat
  • Priyanka Chopra Jonas
  • Cosmograph Daytona
  • Fungsi kronograf

Jam tangan dan aksesori Rolex

  • Jam tangan baharu 2026
  • Land-Dweller
  • Day-Date
  • Sky-Dweller
  • Lady-Datejust
  • Datejust
  • Oyster Perpetual
  • Cosmograph Daytona
  • Submariner
  • Sea-Dweller
  • Deepsea
  • GMT-Master II
  • Yacht-Master
  • Yacht-Master II
  • Explorer
  • Explorer II
  • Air-King
  • 1908
  • Aksesori Rolex
Lihat semua jam tanganKonfigurasi Rolex anda

Kepakaran membuat jam tangan

  • Anatomi Rolex
  • Di sebalik meterai
  • Teras kecemerlangan

Oyster Story

  • Oyster Story
  • Filem
Pameran

Perihal Rolex

  • Kemampanan
  • Di sebalik mahkota
  • Sejarah

Sukan, Kesenian dan Planet

  • Rolex dan sukan
  • Planet Abadi
  • Keabadian Seni
Temui keluarga Rolex

Pembelian dan penyenggaraan

  • Membeli seutas Rolex
  • Rolex Pernah Milik Sah
  • Menyenggara Rolex anda
  • Penjagaan Rolex anda
Cari peruncitCari pusat perkhidmatan

Bahasa yang tersedia
di Amerika Syarikat

  • English
  • Français
  • Deutsch
  • Italiano
  • 简体中文
  • 繁體中文
  • 日本語
  • Español
  • Português (Brasil)
  • 한국어
  • Русский
  • العربية
  • Türkçe
  • Bahasa Indonesia
  • ภาษาไทย
  • فارسی
  • Nederlands
  • Tiếng Việt
  • हिंदी
  • Polski
  • עברית
  • Bahasa Malaysia

Pilih
rantau lain

Anda kini berada di Amerika Syarikat.
Anda boleh melihat laman web ini di negara lain dengan membuat pilihan di bawah.

    • Argentina
    • Brasil
    • Canada (EN)
    • Canada (FR)
    • México
    • United States
    • Australia
    • Hong-Kong
    • India
    • 日本
    • Malaysia (EN)
    • Malaysia (MS)
    • Singapore
    • भारत
    • ไทย
    • 대한민국
    • 中国
    • 台灣
    • 香港
    • België
    • Belgique
    • Deutschland
    • España
    • France
    • Ελλάδα
    • Italia
    • Nederland
    • Österreich
    • Schweiz
    • Suisse
    • Svizzera
    • United Kingdom
    • الإمارات العربية المتحدة
    • المملكة العربية السعودية‎

Pintasan

Cari Rolex andaKonfigurasi jam tangan RolexSoalan Lazim
Keluarga Rolex
Tiger Woods

Tiger Woods

Legenda golf

Tiger Woods telah mentakrifkan semula golf dengan kemahirannya yang tiada tandingan, ketabahan dan pengaruh yang berkekalan sehingga menjadikannya seorang daripada atlet paling terkenal dalam sejarah.

Jam tangan di pergelangan tangan Tiger Woods

Pencapaian utama saya dalam golf ialah menjuarai empat kejohanan utama berturut-turut… menjadi orang pertama yang merangkul kemenangan ini dalam era moden ialah hal yang amat istimewa bagi saya.

Tiger Woods

Tiger Woods gembira

Pemain golf paling berpengaruh dalam generasinya

Tiger Woods terkenal dengan pencapaiannya yang luar biasa apabila memenangi 15 kejuaraan utama sebagai antara 82 kemenangan PGA TOUR® miliknya, yang paling banyak dalam sejarah.

Pengaruhnya terhadap permainan ini melampaui pencapaiannya di padang kerana beliau telah memainkan peranan penting dalam mempopularkan golf pada peringkat global dan memberikan inspirasi kepada generasi pemain terkemuka masa kini.

Hayunan Tiger Woods

Raja Kembali

Perjalanan Woods bermula pada usia yang sangat muda dengan mempamerkan bakat luar biasa yang membezakannya daripada rakan atlet.

Sebelum menjadi pemain profesional, beliau ialah seorang daripada pemain amatur paling berjaya yang memenangi tiga gelaran Amatur Muda AS (1991, 1992 dan 1993) diikuti dengan tiga gelaran Amatur AS (1994, 1995 dan 1996). Beliau menjadi pemain profesional pada 1996 dan mencuri perhatian dunia golf dengan kemenangan besar pertamanya di Kejohanan Masters 1997 apabila mencipta rekod jurang kemenangan terbesar, dan pada usia 21 tahun, tiga bulan dan 14 hari, beliau kekal sebagai pemenang termuda hingga hari ini. Selama bertahun-tahun, Woods telah mengatasi pelbagai cabaran dan kecederaan, namun keazaman dan kemenangan selepas kembali memenangi Masters 2019 berjaya mengukuhkan statusnya sebagai legenda.

Pencapaian profesional Woods amat mengagumkan: 82 kemenangan PGA TOUR® (seri dengan Sam Snead), 15 kejohanan utama (kedua selepas rakan Testimoni Rolex Jack Nicklaus) dan rekod 683 minggu sebagai No. 1 dalam Kedudukan Rasmi Golf Dunia (OWGR). Keunggulannya mencapai kemuncak pada awal 2000-an dengan “Tiger Slam” apabila memegang keempat-empat gelaran utama secara serentak sepanjang musim 2000 dan 2001. Pengaruhnya bukan sekadar dalam statistik permainan. “Kesan Tiger” menjadi pendorong orang ramai mahu menonton golf dan melihat Woods bermain sehingga PGA TOUR® menandatangani perjanjian penyiaran yang lebih besar berbanding sebelum ini, dengan hadiah wang tunai meningkat secara mendadak dan rekod kehadiran kejohanan dihadkan apabila ribuan peminat hadir untuk melihat beliau secara dekat. Beliau telah mengilhami generasi atlet baharu untuk bermain golf dan menjadi teladan bagi pemain moden hari ini untuk menjaga kesihatan dan menjadikan kecergasan sebagai bahagian penting dalam rutin latihan mereka, di samping beraksi di padang seperti pukulan jarak jauh dan dekat. Latar belakang pelbagai budaya dan personaliti berkarisma Woods telah meluaskan daya tarikan golf, menjadikannya seorang atlet yang tersohor dan boleh dipasarkan di seluruh dunia.

Tiger Woods menang
Tiger Woods di atas padang

Walaupun mengalami kecederaan fizikal termasuk beberapa pembedahan belakang, kegigihan Woods telah terbukti dalam penampilan semula dengan kemenangan yang mengharukan pada Masters 2019. Perjalanannya daripada bakat muda kepada ikon global, dan legasi berterusan pada peringkat tertinggi telah mengukuhkan status Woods bukan sahaja sebagai legenda golf, malah seorang daripada atlet paling berpengaruh dalam sejarah sukan.

Pada 1996, Woods menubuhkan Yayasan TGR bersama mendiang bapanya Earl sebagai satu cara menambah baik kehidupan golongan muda daripada komuniti yang kurang bernasib baik. Pendidikan yang menjadi keutamaan dalam kehidupan awal Woods sendiri telah menjadi teras kepada misi yayasan dan matlamat program dalam memberikan impak positif.

Kemenangan Tiger Woods

Tiger Woods menjadi Testimoni Rolex pada 2011.

Woods telah memakai Rolex Deepsea selama bertahun-tahun dan menyifatkan jam tangan ini sebagai simbol yang menyaksikan pelbagai aspek penting dalam kehidupannya. “Jam tangan ini telah menjadi sebahagian daripada kemenangan, kekalahan, pengembaraan bersama anak-anak saya, pengembaraan individu… Apabila saya tidak bermain golf, saya suka berada di lautan. Air sentiasa menjadi sebahagian daripada hidup saya. Untuk melakukan semua ini, saya perlukan satu jam tangan yang boleh dipercayai, sebab itulah bagi saya Rolex Deepsea ialah jam tangan yang paling sesuai.

  • slide 1
  • slide 2
  • slide 3
  • slide 4
  • slide 5
  • slide 6
  • slide 7
  • slide 8
  1. Halaman Utama / 
  2. Keluarga Rolex / 
  3. Golf / 
  4. Tiger Woods
  • Jam tangan dan aksesori Rolex
    • Air-King
    • Cosmograph Daytona
    • Datejust
    • Lady-Datejust
    • Day-Date
    • Explorer
    • Explorer II
    • GMT-Master II
    • Land-Dweller
    • Oyster Perpetual
    • Sea-Dweller
    • Deepsea
    • Sky-Dweller
    • Submariner
    • Yacht-Master
    • Yacht-Master II
    • 1908
    • Jam tangan baharu 2026
    • Cari Rolex anda
    • Konfigurasi Rolex anda
    • Jam tangan lelaki
    • Jam tangan wanita
    • Jam tangan emas
    • Aksesori
  • Kepakaran membuat jam tangan
    • Teras kecemerlangan
    • Di sebalik meterai
    • Anatomi Rolex
  • Oyster Story
    • Filem
    • Pameran
  • Perihal Rolex
    • Kemampanan
    • Di sebalik mahkota
    • Sejarah
  • Sukan, Kesenian dan Planet
    • Rolex dan sukan
    • Planet Abadi
    • Keabadian Seni
    • Keluarga Rolex
  • Pembelian dan penyenggaraan
    • Membeli seutas Rolex
    • Rolex Pernah Milik Sah
    • Menyenggara Rolex anda
    • Penjagaan Rolex anda
    • Lokasi kedai
    • Pengesan Pusat Perkhidmatan
  • Bantuan dan sokongan
    • Soalan lazim
    • Memfailkan laporan
  • Ketercapaian
  • Media
    • Kertas dinding
    • Brosur
    • Panduan pengguna
  • Saluran rasmi
    • YouTube
    • Instagram
    • Threads
    • Facebook
    • LinkedIn
    • X
    • Pinterest
    • Weibo
    • Douyin
    • Line
  • Platform kami
    • Bilik berita
    • Rolex.org
  • Terma penggunaan
  • Notis privasi
  • Kuki
Rolex.org

Temui Inisiatif Abadi kami

Lawati Rolex.org