Kaliber 7190
Kaliber 7190, yang boleh dilihat melalui bahagian penutup belakang jernih, memaparkan keharmonian estetika: berat berayun potongan dalam emas kuning, titi yang dihiasi Rolex Côtes de Genève, dan jalinan kemasan yang halus.
Dibangunkan dan dihasilkan sendiri sepenuhnya, gerakan ini merupakan evolusi daripada kaliber 7135 yang inovatif, yang diperkenalkan pada tahun lepas semasa pelancaran Land-Dweller. Sepertimana kaliber sebelumnya, kaliber 7190 berdetik pada frekuensi tinggi 5 hertz. Kaliber ini juga dilengkapi pegas rambut Syloxi yang diperbuat daripada silikon dan batang imbang. Terdapat juga bolosan Dynapulse, peranti revolusioner yang turut diperbuat daripada silikon. Dengan ketahanan yang sangat baik terhadap medan magnet yang kuat, kaliber 7190 menawarkan prestasi yang menakjubkan, terutamanya dari segi ketepatan, rizab kuasa, kemudahan dan kebolehpercayaan.
Gerakan ini juga merasmikan sistem Haplos. Sistem yang dipatenkan ini membolehkan gerakan membezakan antara bulan yang mengandungi 30 hari dengan 31 hari. Hanya ada dua komponen yang digandingkan dengan mekanisme tarikh – tuil tahunan dan jari pembawa tambahan.