Anggun, ringkas, dimodenkan dan dengan keterbacaan yang dipertingkatkan, kronograf regata oleh Rolex kembali dengan Oyster Perpetual Yacht-Master II generasi baharu.
Fungsi ini telah direka bentuk semula sepenuhnya agar dapat membantu pelayar dengan lebih berkesan semasa turutan permulaan perlumbaan yang penting. Terdapat dalam Oystersteel atau emas kuning 18 karat, Yacht-Master II generasi baharu membolehkan kawalan penuh semua pemasaan yang penting untuk regata dan mengesahkan kepakaran Rolex dalam reka bentuk dan pembuatan jam tangan alat yang luar biasa.
Dalam regata, pengurusan masa menjelang permulaan perlumbaan adalah penting. Untuk memudahkan pengendalian Yacht-Master II baharu, kira detik diatur cara secara eksklusif menggunakan penekan bawah. Untuk menjadikan baki masa lebih jelas dibaca, jarum minit dan saat kira detik kini berpusing lawan arah jam. Revolusi dwifungsi ini dapat dicapai menerusi kaliber 4162, iaitu gerakan yang menggabungkan penyelesaian teknikal yang inovatif.