Konfigurasi asal dan eksklusif Oyster Perpetual Cosmograph Daytona dipersembahkan dalam versi Rolesium, yang menggabungkan Oystersteel dan platinum.
Menerusi gabungan pengetahuan tradisional dan teknologi canggih, jam tangan ini dengan rapinya menggandingkan kilauan permukaan berenamel putih dengan kesan logam bezel Cerachrom antrasit yang diperbuat daripada seramik kaya tungsten, berbingkaikan jalur platinum.
Ini menandakan kali pertama Cosmograph Daytona dipersembahkan dalam versi Rolesium. Sebahagian besar komponen diperbuat daripada Oystersteel – penutup tengah dan rantai – ciptaan berani ini menampilkan penutup belakang dalam kristal nilam dengan salutan antireflektif, diskrukan pada penutup tengah dengan cincin platinum. Jalur logam yang mengelilingi bezel Cerachrom jam tangan juga diperbuat daripada platinum.
Dengan jam tangan baharu, Rolex meraikan pencapaian selama satu abad dan membentuk nuansa pembuatan jam tangan masa hadapan.