Letusan warna. Kehalusan teknik. Legasi yang gemilang. Oyster Perpetual 36 memaparkan permukaan lakuer aneka warna yang dihiasi motif Jubilee.
Motif ini, yang berpandukan warisan estetika jenama, merupakan hasil pencapaian yang benar-benar ulung dalam penciptaan permukaan. Melalui sinaran unik pada wajahnya, Oyster Perpetual 36 baharu meraikan daya cipta dan seni pembuatan permukaan jenama ini.
Dengan cara yang paling halus namun moden, permukaan Oyster Perpetual 36 menerapkan kembali motif Jubilee yang diperkenalkan pada akhir tahun 1970-an, yang sejak itu telah menjadi ikonik. Huruf-huruf nama Rolex dipaparkan dalam interaksi kontras antara tidak kurang daripada sepuluh warna. Penghasilan corak ini begitu mencabar kerana warna-warna tidak diterapkan sekali gus, tetapi satu demi satu. Ketepatan tertinggi juga diperlukan untuk memastikan semua bentuk dan huruf yang membentuk motif diletakkan dengan sempurna.