Jam tangan yang luar biasa
Kombinasi bahan, kesan dan pantulan yang menawan melahirkan sesuatu yang tidak dijangka.
Oyster Perpetual Day-Date 40 dan Oyster Perpetual Cosmograph Daytona ditawarkan dalam konfigurasi asal dan luar biasa.
Satu versi dalam aloi emas 18 karat baharu. Gabungan permukaan berenamel, seramik inovatif dan platinum untuk versi yang satu lagi. Versi Day-Date 40 dan Cosmograph Daytona yang ditawarkan tahun ini menyeimbangkan inovasi dan identiti secara halus, menerapkan keaslian sambil mengekalkan nilai warisan sebagai dua model penting dalam perjalanan Oyster.
Day-Date
Sinaran baharu yang melambangkan prestij
Kilauan yang lembut. Bukan sekadar warna, tetapi menimbulkan kesan. Oyster Perpetual Day-Date 40 diperkenalkan dalam gold Jubilee 18 karat. Bersinar dengan rona kuning lembut, kelabu muda dan merah jambu lembut, aloi serba baharu ini, yang dibangunkan dan dihasilkan sendiri sepenuhnya, menggambarkan keupayaan Rolex dari segi inovasi dan penguasaan teknikal dalam bidang logam berharga.
Prestij jam tangan ini dipertingkatkan lagi dengan pilihan aventurin hijau muda untuk permukaan apabila rona tersebut menyempurnakan sepuhan emas pada penutup dan rantai.
Cosmograph Daytona
Dipacu oleh ketukangan
Konfigurasi asal dan eksklusif Oyster Perpetual Cosmograph Daytona dipersembahkan dalam versi Rolesium, yang menggabungkan Oystersteel dan platinum.
Menerusi gabungan pengetahuan tradisional dan teknologi canggih, jam tangan ini dengan rapinya menggandingkan kilauan permukaan berenamel putih dengan kesan logam bezel Cerachrom antrasit yang diperbuat daripada seramik kaya tungsten, berbingkaikan jalur platinum.
Pada skala takimetri bezel baharu ini, angka dipaparkan secara melintang, yang menyerupai reka bentuk Cosmograph Daytona yang pertama. Angka ‘tergantung’ ini terukir dalam fon yang benar-benar kontemporari. Gerakan jam tangan ini terpapar melalui bahagian penutup belakang kristal nilam, yang dipegang oleh cincin platinum.