Datejust
Tarikh-tarikh pentingSebagai lambang jam tangan klasik Rolex, Oyster Perpetual Datejust telah menjadi penanda aras dari segi inovasi dan gaya sejak dilancarkan. Sebagai ikon sepanjang zaman, namanya telah terpahat dalam sejarah pembuatan jam tangan. Setelah menjadi saksi kepada pencapaian tokoh-tokoh yang luar biasa, ia mengiringi detik dan tarikh penting yang terpahat.
Pelancaran Datejust
Bagi meraikan ulang tahun ke-40 syarikat, Rolex telah melancarkan Datejust, jam tangan kronometer automatik dengan tarikh yang dipaparkan menerusi tingkap pada pukul 3. Pada asalnya diperbuat daripada emas secara eksklusif, Datejust menampilkan rantai Jubilee, yang dicipta khas sempena detik tersebut, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai jam tangan berprestij.
1945
Jam tangan yang menjadi saksi sejarah
Pengasas Rolex, Hans Wilsdorf, mencadangkan untuk menawarkan Datejust kepada Sir Winston Churchill, yang diterima oleh negarawan British itu dengan penuh besar hati. Beliau memilih model emas mawar yang dihiasi ukiran jata negaranya di bahagian belakang penutup.
1947
Datejust Dwight D. Eisenhower
Jeneral Dwight D. Eisenhower telah dilantik sebagai Panglima Tertinggi pakatan NATO. Bagi meraikan peristiwa itu, beliau dihadiahkan kronometer ke-150,000 yang diperakui Rolex: seutas Datejust emas kuning, yang diukir dengan parapnya pada penutup belakang. Dua tahun kemudian, Dwight D. Eisenhower menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-34.
Rolesor: teguh lagi halus
Sejak tahun 1950-an, versi Rolesor pertama bagi model Datejust, yang menggabungkan elemen emas dan keluli tahan karat, mula hadir dalam katalog Rolex. Pada mulanya diperkenalkan pada tahun 1930-an, Rolesor telah menjadi ciri estetika yang unik bagi jam tangan Rolex; terutamanya Datejust, yang telah menjadi contoh yang paling prolifik.
1950
Pengenalan kanta Siklops
Datejust merupakan jam tangan pertama yang menampilkan kanta Siklops, yang dinamakan sempena gergasi bermata satu dalam mitos Yunani. Dengan membesarkan tarikh yang dipaparkan pada permukaan, kanta ini meningkatkan keterbacaan. Sejak itu, kanta ini menjadi antara elemen jam tangan Rolex yang paling unik.
1953
Perubahan tarikh serta-merta
Dengan kaliber 1065 baharu, Rolex melengkapkan Datejust dengan mekanisme baharu perubahan tarikh secara serta-merta. Sistem ini, yang memajukan cakera tarikh satu takuk setiap hari dalam sekelip mata, akan terus dilancarkan untuk semua jam tangan Rolex. Pada Day-Date, cakera hari dan tarikh yang saling terhubung akan 'melompat' secara serentak dan serta-merta apabila beralih dari satu hari ke hari berikutnya.
1956
Pelancaran Lady-Datejust
Dengan penutup 25 mm, Lady-Datejust mewakili model bersaiz lebih kecil yang masih mengekalkan ciri ketepatan dan kalis air jam tangan Oyster Perpetual. Sehubungan dengan itu, Rolex sekali lagi mempamerkan kepakarannya mencipta jam tangan kaliber kecil.
1957
Nat Misrostella
Rolex membangunkan keluarga jam tangan kaliber 1560 dan 1565, yang dipasang pada pelbagai model Datejust pada masa itu. Gerakan ini kini merangkumi roda imbang dengan inersia berubah-ubah yang boleh dilaraskan oleh tukang jam menggunakan skru Microstella. Komponen-komponen ini, yang dipatenkan pada tahun 1957, membolehkan pelarasan halus pada roda imbang, kemudian digantikan dengan nat pada tahun 1983.
1959
Di pergelangan tangan Martin Luther King
Antara pemakai Datejust yang paling terkenal, Pendeta Martin Luther King Jr., telah dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan pada 10 Disember 1964 di Oslo, bagi mengiktiraf usahanya memperjuangkan kesaksamaan. Hanya beberapa bulan sebelumnya, beliau berdiri di samping Presiden Lyndon B. Johnson di Rumah Putih semasa majlis menandatangani Akta Hak Sivil.
1964
Sebati menjadi satu
Diterokai oleh Rolex sejak tahun 1969, reka bentuk jam tangan rantai bersepadu telah diperkenalkan pada model Datejust yang menampilkan gerakan automatik. Amat bergaya pada tahun 1970-an, reka bentuk ini dicirikan oleh garisan berterusan yang selanjar di antara gelang dengan sarung, satu estetika yang telah digarap semula pada Land-Dweller dengan sentuhan aura moden masa kini.
Temui Land-Dweller1974
“Penetapan pantas (quickset)”
Pengenalan kaliber 3035 menandakan satu peristiwa penting dalam sejarah pembuatan jam tangan Datejust. Gerakan baharu ini mempunyai frekuensi 4 hertz (28,800 detik sejam) dan yang paling penting, menampilkan sistem penetapan pantas untuk tarikh (quickset) yang beroperasi secara bebas daripada jarum, melalui putaran jam.
1977
Memelihara alam belantara
Datejust muncul dalam iklan yang menampilkan Richard Leakey, ketua Jabatan Pemuliharaan dan Pengurusan Hidupan Liar Kenya yang baru dilantik ketika itu. Ahli paleoantropologi dan ahli biologi Kenya itu mengingatkan kita bahawa “tindakan kita hari ini memberikan kesan kepada generasi akan datang”. Selama setengah abad, komitmen Rolex untuk memelihara planet ini semakin tinggi. Hari ini, komitmen itu dizahirkan melalui Inisiatif Planet Abadi.
1991
Datejust dan tenis
Dengan permukaan batu loh dan penanda jam angka Rumi berwarna hijau yang mengingatkan kita kepada rumput Centre Court Wimbledon yang ikonik, Datejust versi Rolesor kuning ini dilancarkan pada tahun 2009 dan mewakili inti pati perkongsian Rolex yang telah lama terjalin dengan dunia tenis. Pada tahun 1978, Rolex menjadi Penjaga Masa Rasmi bagi kejohanan Grand Slam® yang tertua di dunia.
2009
Pengenalan kaliber 3235
Ditampilkan pada Datejust 36 dan 41, kaliber 3235 telah menjadi subjek bagi 14 permohonan paten. Hal ini mencerminkan komitmen Rolex yang berterusan terhadap penyelidikan dan pembangunan, mereka bentuk penyelesaian teknikal yang meningkatkan ketepatan, rizab kuasa, rintangan terhadap kejutan dan kemagnetan, kemudahan pelarasan dan kebolehpercayaan.