Sebaris dengan atlet ekuestrian handalan
Richard Vogel ialah penunggang kuda Jerman yang tampil sebagai seorang daripada atlet pertunjukan lompat kuda terkemuka dunia dengan rekod pertandingan kalangan terbaik dalam generasinya.
Richard Vogel ialah atlet pertunjukan lompat kuda ranking teratas, juara beberapa Utama dalam Pertunjukan Lompat Kuda Grand Slam Rolex dan juara Eropah yang masih bertahan. Kecekapan menunggang kuda, tenang menghadapi tekanan dan pendekatan strategik dalam pertandingan menjadikannya antara pesaing terunggul dalam sukan ini.
Dilahirkan di Binzwangen, Jerman, Richard Vogel menjadi tokoh penting dalam pertunjukan lompat kuda.
Perjalanan ekuestrian beliau bermula pada usia muda yang dipengaruhi oleh penglibatan keluarganya dalam sukan itu. Bakatnya terserlah dari mula lagi, dengan persembahan yang mengagumkan dalam pertandingan remaja. Pada usia 17 tahun, beliau memulakan perantisan menunggang kuda. Berkat dedikasi dan kecekalan, Vogel mula bersaing pada peringkat kebangsaan, kemudian antarabangsa, dan akhirnya memasuki ranking pada tahun 2020. Pada tahun yang sama, beliau terpilih memasuki Akademi Penunggang Muda, yang membantu dari segi latihan dan pendidikan bakat yang bercita-cita tinggi sebelum mengharungi kerjaya profesional dalam sukan itu. Kejayaan Vogel hadir pada 2022 apabila memenangi Grand Prix Piala Dunia CSI5* di Stuttgart. Sejak detik itu, beliau menjadi semakin handal.
Pada tahun 2023, Vogel memenangi Grand Prix Rolex CSI5* di Wellington dan Grand Prix CSI5* di Monterrey. Beliau menamatkan tahun itu dengan cemerlang, merangkul Utama pertamanya dalam Pertunjukan Lompat Kuda Grand Slam Rolex dengan memenangi Grand Prix Rolex di CHI Geneva. Keputusan itu membantunya menghuni 10 teratas ranking Persekutuan Sukan Ekuestrian (FEI) Antarabangsa, dan kekal sejak April 2024. Pada akhir tahun tersebut, Vogel muncul sebagai penunggang paling berjaya dalam sejarah terkini Pesta Ekuestrian Dunia, meraih empat kemenangan dan 10 podium secara keseluruhan sepanjang minggu itu. Pada tahun 2026, beliau meraih gelaran Utama keduanya menerusi Grand Prix Rolex dalam Masters Belanda pada bulan Mac. Tidak lama selepas itu, menambah gelaran ketiga, dengan memenangi Grand Prix Rolex dalam Pesta Ekuestrian Dunia pada bulan Mei. Beliau meneruskan prestasi yang mengagumkan dengan menjuarai Grand Prix Rolex di Brussels Stephex Masters pada akhir Ogos, yang menaikkannya ke kedudukan No. 1 Dunia dalam ranking pertunjukan lompat kuda FEI buat kali pertama – ganjaran setimpal untuk musim yang amat berjaya.
Persembahan Vogel yang konsisten telah membolehkannya mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan Jerman, menyumbang kepada kemenangan pasukan pada Peringkat Akhir FEI Jumping Nations Cup™ pada 2023 dan 2024. Beliau membuat penampilan sulung dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris dan meraih kejayaan lebih tinggi pada tahun berikutnya apabila dinobatkan sebagai juara Eropah dalam Kejohanan Lompat Kuda FEI Eropah versama United Touch S, setelah meraih gangsa berpasukan dua hari sebelumnya. Pada Ogos 2026, beliau membantu negaranya merangkul gelaran pertunjukan lompat kuda berpasukan dalam Kejohanan Dunia FEI yang menggembirakan penonton tuan rumah di Aachen.
Richard Vogel menjadi Testimoni Rolex pada tahun 2024.