6 Jam di São Paulo Rolex, sebuah pertandingan kereta lumba yang menampilkan perlumbaan berbilang kelas, merupakan sebahagian daripada Kejohanan Ketahanan Dunia FIA.
Rolex telah menjadi Jam Tangan Rasmi Kejohanan Ketahanan Dunia FIA (FIA WEC) sejak 2016, satu perkongsian yang berteraskan nilai ketepatan, prestasi dan usaha berterusan untuk mencapai kecemerlangan.
WEC FIA ialah kemuncak sukan permotoran ketahanan yang menghimpunkan pengeluar, pasukan dan pemandu terkemuka dunia dalam sembilan pusingan perlumbaan merentasi beberapa benua. Siri ini menampilkan beberapa kelas kereta, dengan prototaip tercanggih bersaing dalam kelas Hypercar dan kereta jalan raya dalam kategori LMGT3.
Rolex 6 Jam di São Paulo diadakan di Autódromo José Carlos Pace, yang dikenali umum dengan nama asal, Interlagos, yang bermaksud “di antara tasik”.
Perlumbaan tersebut pertama kali diadakan pada tahun 2012 sebagai sebahagian daripada musim sulung WEC FIA. Acara ini dianjurkan kembali pada tahun 2024 selepas 10 tahun menyepi, dengan edisi tahun itu menarik seramai 73,205 peminat tegar.
Dengan hanya 4.309 kilometer, Interlagos merupakan litar terpendek dalam kalendar WEC FIA semasa dan mempunyai 15 selekoh: lima ke kanan dan 10 ke kiri. Hypercar mencapai kelajuan sekitar 305 km/j, dengan kira-kira 50 peratus pusingan dilintasi dengan pendikit dibuka sepenuhnya. Dalam setiap pusingan, pemandu Hypercar menukar gear kira-kira 38 kali. Terletak di bahagian selatan São Paulo, kira-kira 800 meter dari aras laut, Interlagos terkenal dengan perubahan elevasi yang ketara, cuaca yang tidak menentu dan kegamatan suasana yang terhasil oleh susun atur ala amfiteater yang padat. Bahagian terkenal, termasuk S do Senna, Descida do Lago and Junção, menguji prestasi kereta dan ketahanan pemandu sepanjang enam jam yang sengit.
Acara utama dalam Kejohanan Ketahanan Dunia FIA
Belayar ke arah ufuk yang sama. Prestasi menjadi penentu.
Temui lebih lanjut