Qatar 1812 km merupakan acara pembuka musim yang lazim bagi Kejohanan Ketahanan Dunia FIA. Perlumbaan yang berlangsung di Doha ini bermula pada waktu siang dan berakhir pada waktu malam di bawah satu daripada sistem pencahayaan kekal yang paling menakjubkan dalam sukan permotoran.
Rolex telah menjadi Jam Tangan Rasmi Kejohanan Ketahanan Dunia FIA (FIA WEC) sejak 2016, satu perkongsian yang berteraskan nilai ketepatan, prestasi dan usaha berterusan untuk mencapai kecemerlangan.
WEC FIA ialah kemuncak sukan permotoran ketahanan yang menghimpunkan pengeluar, pasukan dan pemandu terkemuka dunia dalam sembilan pusingan perlumbaan merentasi beberapa benua. Siri ini menampilkan beberapa kelas kereta, dengan prototaip tercanggih bersaing dalam kelas Hypercar dan kereta jalan raya dalam kategori LMGT3.
Kedudukan Qatar 1812 km sebagai acara pembuka musim amat penting melebihi mata yang ditawarkan: di sinilah hierarki kejohanan dapat dilihat, dan di sinilah aspirasi serta hasrat setiap pasukan dizahirkan dengan jelas sejak pusingan pertama lagi.
Acara itu diadakan kali pertama pada tahun 2024. Nama perlumbaan memberikan penghormatan kepada Hari Kebangsaan Qatar yang jatuh pada 18 Disember – tarikh penyatuan negara tersebut – dengan jarak perlumbaan yang ditentukan berdasarkan tarikh itu.
Litar Antarabangsa Lusail, dengan susun atur sepanjang 5.419 kilometer dan 16 selekoh, merupakan litar pertama di dunia yang memperkenalkan sistem pencahayaan luar kekal untuk perlumbaan pada waktu malam. Dibuka pada tahun 2004, pemasangan pencahayaan yang ditambah tiga tahun kemudian, merupakan antara yang terbesar seumpamanya yang pernah dibina.
Perlumbaan bermula dalam bahang petang dan berakhir di bawah sinaran lampu limpah. Perubahan keadaan daripada siang kepada malam menuntut pemandu dan jurutera untuk sentiasa menyesuaikan diri sepanjang perlumbaan selama 10 jam.
Acara utama dalam Kejohanan Ketahanan Dunia FIA
Belayar ke arah ufuk yang sama. Prestasi menjadi penentu.
Temui lebih lanjut