Kejohanan BMW merupakan kejohanan ketiga tertua dalam PGA TOUR® dan acara kedua terakhir dalam Playoff Piala FedEx.
Rolex merupakan Penjaga Masa Rasmi Kejohanan BMW dengan peranan yang lebih luas sebagai Penaja Rasmi PGA TOUR®, satu hubungan yang merangkumi acara paling berprestij dalam jelajah tersebut, termasuk Kejohanan PLAYERS dan Kejohanan TOUR yang menutup tirai musim.
Kejohanan BMW mempunyai kedudukan penting dalam kalendar PGA TOUR® sebagai acara kedua dalam Playoff Piala FedEx. Hanya menampilkan 50 pengutip mata Piala FedEx teratas, kejohanan ini menentukan 30 pemain yang mara ke Kejohanan TOUR, justeru memberikan kesan tambahan terhadap setiap keputusan dan pukulan sepanjang empat pusingan.
Kejohanan BMW bermula pada tahun 1899 sebagai Terbuka Barat; hanya Terbuka dan Terbuka Amerika Syarikat yang mempunyai sejarah yang lebih panjang. Juara lampau termasuk ramai legenda golf, antaranya, Walter Hagen, Ben Hogan, Sam Snead, Arnold Palmer dan Jack Nicklaus. BMW menjadi penaja utama pada tahun 2007 apabila kejohanan itu menjadi acara kedua Playoff Piala FedEx.
Kejohanan BMW diadakan di pelbagai pilihan lapangan utama di seluruh Amerika Syarikat. Pendekatan ini menerapkan cabaran tambahan, yang memerlukan pemain menyesuaikan diri dengan persekitaran dan ciri padang baharu dengan cepat di samping menangani debaran pertandingan dua pihak yang amat sengit. Format tanpa penyingkiran dalam kejohanan ini memastikan empat pusingan dihabiskan antara pemain golf terkemuka, dengan setiap pukulan membawa kesan langsung kepada kemajuan Piala FedEx.