Rachel Ikemeh

Pemuliharaan yang diterajui oleh komuniti di Delta Niger

Di sepanjang pesisir pantai selatan Nigeria terdapat sebuah wilayah yang kaya dengan ekosistem yang mengandungi sumber alam yang luar biasa: Delta Niger. Sebagai sebahagian daripada Hutan Guinea di Afrika Barat, kawasan tumpuan biodiversiti yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa ini merupakan habitat hutan bakau ketiga terbesar di dunia dan ekosistem hutan paya kedua terbesar di Afrika.


Meskipun memiliki ekologi yang penting, Delta Niger merupakan satu daripada persekitaran yang paling merosot di dunia. Pada tahun 2013, ahli pemuliharaan Nigeria, Rachel Ikemeh, melawat kawasan itu untuk kali pertama. Alangkah kecewanya beliau apabila mendapati lantai hutan ditenggelami minyak mentah setinggi paras lutut. Sebagai pusat industri minyak Nigeria, Delta telah mengalami kira-kira 7,000 tumpahan minyak. Pencemaran itu telah memaksa komuniti nelayan untuk menjalankan pembalakan, lantas menyebabkan habitat unik Delta semakin merosot.

Rachel Ikemeh