Persatuan Golf Amerika Syarikat merupakan badan pentadbir kebangsaan bagi sukan golf di Amerika Syarikat dan Mexico; memikil tanggungjawab bersama terhadap peraturan sukan tersebut serta menganjurkan dua daripada kejohanan utama paling berprestij dalam golf profesional daripada 17 kejohanan tahunan.
Rolex telah menjadi Rakan Kongsi Rasmi Persatuan Golf Amerika Syarikat (USGA) sejak 1980. Hubungan yang panjang dan penuh sejarah ini mencerminkan komitmen bersama terhadap ketepatan dan integriti yang telah menjadi identiti kedua-dua organisasi selama ini.
USGA ditubuhkan pada tahun 1894 oleh lima kelab ahli pengasas dengan matlamat jelas untuk mewujudkan satu badan berkuasa kebangsaan tunggal bagi sukan golf di Amerika Syarikat. Selama lebih 130 tahun, USGA telah menjadi penjaga kepada peraturan yang mengawal sukan ini di seluruh dunia melalui penggubalan Peraturan Golf bersama-sama dengan R&A. USGA juga terlibat dalam perangkaan Sistem Handikap Dunia yang diguna pakai secara global dan World Amateur Golf Ranking®.
Kejohanan utama terkemuka yang disokong oleh Rolex