Acara utama wanita tertua
Sebagai sebahagian daripada kerjasama dengan Persatuan Golf Amerika Syarikat (USGA) sejak tahun 1980, Rolex merupakan Penjaga Masa Rasmi Terbuka Wanita Amerika Syarikat sejak sekian lama. Testimoni Rolex, Annika Sörenstam, telah memenangi kejohanan ini sebanyak tiga kali – pada tahun 1995, 1996 dan 2006 – dan bertanding sekali lagi pada tahun 2023 ketika berusia 52 tahun.
Pertama kali diadakan pada tahun 1946, acara utama ini dimainkan pada awal bulan Jun. Acara ini boleh disertai oleh amatur dan profesional, termasuk melalui kelayakan, yang menjadikan kejohanan ini bersifat terbuka kebangsaan sepenuhnya.