Terbuka merupakan kejohanan tertua daripada empat kejohanan utama golf dan merupakan pertandingan yang menjadi asal usul sukan golf profesional.
Rakan Kongsi Rasmi sejak 1981
Kejohanan utama yang asal
Rolex telah menjadi Rakan Kongsi Rasmi Terbuka sejak 1981 dan jam Rolex menghiasi arena luar biasa yang menganjurkan kejohanan ini setiap tahun.
Padang golf yang menduga kemahiran. Keadaan yang sering mencabar. Kejohanan ini diwarnai kegemilangan masa lalu yang perlu diatasi, selain suasana alam yang tidak menentu. Kejayaan menjulang Claret Jug perak yang tersohor telah menjadi pencapaian manis bagi beberapa pemain terhebat sukan ini, termasuk Testimoni Rolex, Tom Watson, Tiger Woods dan The Big Three – Arnold Palmer, Jack Nicklaus dan Gary Player.
Gelanggang semula jadi untuk menguji pemain terbaik dunia
Diasaskan pada tahun 1860, Terbuka diadakan setiap tahun di padang golf di United Kingdom secara bergiliran dan sentiasa terletak di pinggir laut. Pada awalnya dimainkan menggunakan bola kulit berisi bulu dan pemukul kayu buatan tangan, kejohanan ini telah berkembang seiring dengan evolusi sukan itu sendiri, namun tetap mengekalkan tradisi dan rupa bumi arena asal.
Claret Jug dianugerahkan kepada pemenang buat kali pertama pada tahun 1873, setelah Tali Pinggang Juara yang asal tidak digunakan lagi susulan kejayaan mutlak Young Tom Morris meraih tiga kemenangan berturut-turut. Namun, bukan hadiah sahaja yang ditawarkan. Pemain yang menang pada Terbuka turut dianugerahkan gelaran “Pemain Golf Juara Tahun Ini”.
Terbuka yang dianjurkan oleh R&A ini secara tradisinya kembali diadakan di padang St Andrews yang bersejarah setiap lima tahun.