Pada setiap bulan April, Kelab Golf Kebangsaan Augusta menjemput pemain terbaik dunia ke padang golf yang tersohor untuk bersaing dalam acara pertama daripada empat kejohanan utama musim tersebut. Kemenangan Kejohanan Masters memahat nama pemain dalam sejarah sukan golf.
Rakan Kongsi Rasmi sejak 1999
Pencapaian seumur hidup
Rolex telah menjadi Rakan Kongsi Kejohanan Masters sejak 1999 sebagai sebahagian daripada sokongan meluas Rolex terhadap sukan golf. Kerjasama ini mencerminkan nilai integriti dan penghormatan terhadap tradisi yang dikongsi bersama.
Pertama kali diadakan pada 1934 di Kelab Golf Kebangsaan Augusta, Kejohanan ini terus berlangsung di padang yang sama hingga kini dengan mengekalkan segala adat dan amalan yang mencerminkan keagungan arena tersebut.
Kejohanan ini terkenal dengan hadiah yang menjadi rebutan, iaitu Jaket Hijau. Mengikut tradisi, pemenang Kejohanan tahun sebelumnya akan menyarungkan jaket kepada juara baharu. Kemenangan itu melayakkan pemain mendapat pengecualian seumur hidup untuk kembali bermain dalam acara utama pembukaan pada tahun tersebut.
Keagungan tradisi
Kejohanan Masters tidak sama seperti kejohanan lain. Kedi berpakaian putih. Para penonton menonton setiap aksi dengan khusyuk. Adat resam dan amalan yang sesuai dengan kemegahan suasana. Bisikan malar hijau dan kegamatan suasana membangkitkan aura legenda arena ini. Pada Kejohanan Masters, tradisi golf sentiasa diteruskan dan kehormatan tetap menjadi teras utama.
Kelab Golf Kebangsaan Augusta adalah antara padang golf yang paling berprestij di dunia yang menguji kemampuan pemain terbaik dunia. Sebuah karya agung landskap yang menempatkan lebih daripada 350 spesies tumbuhan. Di sini, ramai tukang kebun menjaga setiap perincian, daripada Magnolia Lane yang ikonik kepada 44 bunker yang menggerunkan serta Amen Corner, dengan tiga lubang yang terkenal. Dihiasi bunga forsitia dan azalea, padang ini menjadi syurga bagi pemain golf. Namun bagi sesetengah pemain, padang ini boleh menjadi cabaran yang amat getir.
Pencapaian utama saya dalam golf ialah menjuarai empat kejohanan utama berturut-turut… menjadi yang pertama merangkul kemenangan ini dalam era moden begitu istimewa bagi saya.
Tiger Woods, Testimoni Rolex, melakar “Tiger Slam” yang bersejarahTemui lebih lanjut