Kejohanan Truist menghimpunkan ramai pemain handalan PGA Tour® di sebuah padang yang mengiktiraf ketepatan, konsistensi dan kemahiran melakukan pukulan strategik pada tahap tertinggi golf profesional.
Rolex tampil pada Kejohanan Truist untuk menunaikan peranan sebagai Penaja Rasmi PGA Tour®. Menerusi pelbagai kerjasama selama hampir 60 tahun, jenama ini menyokong beberapa acara golf paling berprestij di seluruh dunia, termasuk kejohanan ini, iaitu satu daripada Acara Istimewa utama dalam jelajah berkenaan.
Pertandingan tanpa penyingkiran dengan pemain terhad ini disertai oleh pemain elit setiap bulan Mei di Kelab Quail Hollow di Charlotte, Carolina Utara.
Diasaskan pada tahun 2003 sebagai Kejohanan Wachovia, kejohanan ini telah menjadi acara tetap dalam jadual PGA Tour® sejak itu, dengan beberapa penaja utama yang berbeza sebelum dikenali sebagai Kejohanan Truist pada tahun 2025.
Siri lubang penamat yang menggerunkan benar-benar menggambarkan keunikan kejohanan ini. Lubang ke-16, ke-17 dan ke-18, yang ketiga-tiganya dikenali sebagai Green Mile, telah melakar beberapa detik paling dramatik dalam sejarah kejohanan, yang sering menentukan pemenang dengan cabaran getir dari segi ketepatan hayunan, pukulan menghampiri lubang dan pukulan leret. Acara ini telah dimenangi oleh beberapa nama besar sukan golf, termasuk Testimoni Rolex, Tiger Woods.
Kelab Quail Hollow ialah kelab ahli persendirian yang ditubuhkan pada tahun 1959, dengan padang golf dibuka dua tahun kemudian. Pada asalnya direka bentuk oleh George Cobb, susun atur padang ditambah baik selama beberapa dekad oleh Arnold Palmer dan seterusnya Tom Fazio, dengan pengubahsuaian besar-besaran yang menghasilkan antara lapangan yang paling mencabar dalam PGA Tour®. Terletak di kawasan kejiranan Quail Hollow di selatan pusat Charlotte, padang golf ini memiliki lintasan yang dipenuhi pokok yang padat dan tinggi, rupa bumi yang beralun serta rumput yang teguh dan beralun.