Padang golf dengan penonton berkumpul di hadapan rumah kelab yang mempunyai menara jam batu, di bawah langit biru yang cerah

Kejohanan Memorial yang dibawakan oleh Workday 


Kejohanan Memorial yang dibawakan oleh Workday diasaskan sebagai sebahagian daripada visi Jack Nicklaus untuk memartabatkan masa silam golf dan memenuhi cita-cita pemain handalan pada masa kini.

Penaja Rasmi PGA TOUR® sejak 2007
Seorang pemain golf sedang melakukan hayunan ke belakang di kotak ti yang dikelilingi penonton pada hari yang cerah

Menghimpunkan pemain terbaik dunia di Muirfield Village

Kejohanan ini merupakan sebahagian daripada siri Acara Istimewa dalam PGA TOUR® yang menampilkan pemain terkemuka menyahut cabaran satu daripada padang yang paling sulit dari segi teknikal dalam dunia golf. Kejohanan ini ialah sebahagian daripada rangkaian acara elit yang disokong oleh Rolex selaku Penaja Rasmi jelajah, iaitu litar golf profesional lelaki yang paling kompetitif.

Acara ini menggabungkan pertandingan peringkat tinggi dengan semangat membara untuk memelihara tradisi dan nilai sukan ini serta menghimpunkan pemain terbaik setiap tahun di Kelab Golf Muirfield Village di Dublin, Ohio.

Kejohanan demi memartabatkan sukan golf

Sejak diasaskan pada tahun 1976, Kejohanan Memorial terkenal kerana keadaan padang disediakan dengan rapi serta menekankan semangat kesukanan dan legasi. Kini, kejohanan ini terus menarik penyertaan antara barisan pemain terhebat musim, yang mencerminkan keunggulannya dalam sukan golf era moden.

Sebuah trofi kristal yang dipamerkan di atas sejambak bunga berwarna kuning dan putih
Pemain golf berbaju biru cerah memegang trofi kristal di sebelah seorang lelaki lebih berusia yang memakai kot kelabu di kawasan luar

Diasaskan dan dianjurkan oleh legenda golf selaku Testimoni Rolex, Jack Nicklaus, acara ini diadakan setiap tahun dengan tujuan utama untuk menghargai individu yang telah melakar kecemerlangan dalam sukan golf, sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Kelab Golf Muirfield Village, yang direka bentuk dan dibuka oleh Nicklaus pada Mei 1974, telah menjadi padang golf yang menyediakan ujian getir untuk pemain profesional terbaik, satu piawaian yang telah dikekalkan sepanjang pertandingan selama lima dekad.

Edisi terkini Kejohanan Memorial terus menampilkan inovasi di sebalik tabir yang merangkumi aspek penyelenggaraan padang, peningkatan pengalaman peminat dan siaran serta mengekalkan prinsip yang ditetapkan oleh pengasas. Acara Istimewa ini semakin menjadi tumpuan utama dalam kalendar PGA TOUR®.